21/11/2026
PATE Grill House bukan sekadar sebuah restoran. Di sebaliknya, ada kisah tentang peluang kedua dan kehidupan yang Tuhan telah ubahkan. ❤️
Dulu seorang penagih dadah selama 25 tahun, hari ini diberi peluang menjadi pengasas restoran.
Melalui kisah hidup saya, saya mau lebih ramai orang percaya bahawa segelap mana pun masa lalu kita, masih ada harapan untuk bangkit semula.
Bagi saya, turun ke sekolah berkongsi tentang bahaya dadah bukan sekadar tanggungjawab, tetapi amanah yang Tuhan berikan selepas Dia memberi saya peluang kedua dalam hidup. 🙏
Tuhan bangkitkan saya semula, bukan hanya untuk mengubah hidup saya, tetapi supaya saya dapat membantu orang lain bangkit juga. ❤️