15/08/2026
Ada perkara yang hanya dapat diperbaiki apabila kita turun dan melihat sendiri.
Kita kena turun sendiri.
Kita kena lihat sendiri.
Dan kadang-kadang, kita kena berani mengaku bahawa masih ada perkara yang kita belum cukup baik.
Hari ini saya ikut Zura, Halal Executive DOJO, untuk audit salah satu pembekal kami, Big Root Nanyang Pastries sdn bhd.
Saya bukan datang sekadar untuk tengok dokumen.
Saya mahu faham apa yang sebenarnya berlaku di lapangan, bagaimana standard dilaksanakan, apa yang mungkin terlepas pandang, siapa yang bertanggungjawab, dan bagaimana setiap penemuan diperbaiki sehingga benar-benar selesai.
Bila kita duduk di office, laporan boleh beritahu kita apa yang berlaku.
Tetapi bila kita turun sendiri, kita mula faham bagaimana dan apa sebab ia berlaku.
Dan saya sedar satu perkara:
Masih banyak yang kami perlu belajar.
Masih banyak yang kami boleh perbaiki.
Apa yang pernah berlaku kepada kami menjadi satu pengajaran besar.
Semak semula.
Belajar semula.
Perbaiki semula.
Bukan kerana mahu nampak sempurna.
Tetapi kerana kepercayaan tidak dibina dengan kata-kata.
Ia dibina melalui apa yang kita sanggup periksa, betulkan dan lakukan dengan lebih baik. Setiap hari.
Belajar semula. Semak semula. Buat lebih baik.