10/28/2021
βΎTahukah anda, daging burger Ramly dilarang dijual di Singapura?
Dilaporkan, terdapat beberapa kes melibatkan hukuman denda dan penjara oleh pihak berkuasa Singapura ke atas pihak yang cuba menyeludup stok daging burger Ramly ke negara itu.
Bukan semua produk Ramly dilarang dijual si Singapura. Ada produk syarikat itu yang dibenarkan. Produk yang dilarang adalah patti burger daging lembu.
Bermakna, penjaja burger di sana ada jual boleh produk Ramly, tapi jika mereka jual burger daging, mereka tak akan guna patti keluaran Ramly. Mereka akan guna patti daging lembu jenama lain.
Patti daging burger Ramly tidak dibenarkan dijual di Singapura kerana Ramly tak memohon lesen untuk mengedar produk berkenaan dari pihak berkuasa sana. Ia mungkin disebabkan beberapa kekangan.
Ramly (syarikat) melaporkan tidak memohon kebenaran mengedar produk patti daging lembu di Singapura kerana pengeluarannya masih tidak mampu menampung permintaan tempatan(Malaysia).
Jadi, mereka masih ingin fokus memantapkan bekalan produk itu di Malaysia dahulu, dan buat masa ini belum bersedia mengedarnya ke luar negara, termasuk ke Singapura.
Selain itu, dikhabarkan Ramly ada mendapatkan bekalan daging lembu daripada India. Pihak Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura p**a tidak mengiktiraf daging lembu yang diimport dari India.
Di Malaysia daging lembu yang diimport dari India, diiktiraf dan dibenarkan oleh JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Maka ia tidak menjadi kesalahan di Malaysia.
Disebalik larangan itu, warga Singapura masih gemar menikmati burger daging keluaran Ramly bila berkunjung di Malaysia. Ia masih menjadi salah satu pilihan utama mereka.
Kalau tidak, tidaklah ada yang mengambil risiko untuk menyeledup produk itu ke Singapura. Mungkin patti daging jenama Ramly lebih sedap dan dijual pada harga yang berpatutan berbanding jenama yang lain.
Ada tak warga Singapura yang merindui burger daging Ramly dari Malaysia? Dah lebih setahun tak dapat makan patti burger daging Ramly yang original, kan? Kita doa, wabak ni cepat berlalu, ya!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Peminat Burger DDS (daging double special)