20/06/2020
Ramai yang pm sis, apa bendanya ni? Meh sini sis nak story.
🌰Coklat Callebaut ni coklat yang dicipta di Belgium. Alah, kota yang terkenal dengan coklat tu. Pakar-pakar coklat ni semua berlonggok kat sana. Diorang mengadun dari kacang hingga menjadi coklat. Dengan pengalaman lebih 100 tahun, Callebaut ni sangatlah terkenal sehingga diberi jolokan nama 'Home of the Finest Belgian Chocolate'. Bukan biashe-biashe ye sis? Tahu apa rahsia coklat ni sedap? Dorang yang pakar-pakar ni hanya menggunakan biji koko yang premium direct dari Afrika. .
🍫Dark Chocolate dan Milk Chocolate dengan rasa yang amat mendalam.
Pernah tak makan coklat yang rasa dia kuat sangat sampai tak enjoy makan coklat? Kita makan coklat nk hilangkan stress, kena coklat macam tu, makin stress pulak rasa dia kan? Tapi Callebaut ni tak. Macam mana nak describe ya? Dia punya rasa tu elok-elok terletak je. Kaya dengan rasa coklat, dan rasa manis yang tak overpower rasa coklat.
👍Keseronokan rasa coklat yang hebat, tanpa gula
Sis tak tau la korang, tapi sis jenis s**a sangat makan coklat. Tapi dilema dia, banyak coklat kat luar sana tinggi kandungan gula. Sakit pulak hati kita. Nasib baik ada coklat Callebaut ni. Coklat dorang sikit je gula tambahan. Dorang buat rasa coklat yang hebat tanpa gula tambahan yang berlebih-lebihan. Pastu bila sis guna buat cookies, dia punya cair tu elok je dalam mulut. Fuhh. Sis kalau tengah craving, tengah malam pun pulun makan ni.
Sis kalau nak cerita memang panjang lebar. Korang nak tahu lebih lanjut boleh bukak je link ni, panjang lebar dorang explain. Macam-macam coklat yang dorang keluarkan:
https://www.callebaut.com/en-OC/chocolate-cocoa-nuts?category_level_1=30
Pssst, lepas baca jangan lupa like dan share maklumat ini dengan rakan², adik², kakak², mak, isteri, mak mertua, atau crush korang yang juga hantu coklat! 👻🍫🍪