26/05/2026
Nota penting : Yang mana ada dapat lemang bermasalah (basi raya pertama, berkerak keras tak boleh makan, atau sebagainya), boleh hubungi kami semula untuk proses ganti rugi.
Alhamdulillah selesai perjuangan raya haji tahun ini. Minta maaf segala kekurangan dari pihak kami kepada semua.
- Ada yang tak berpuas hati tak dapat walk in.
- Ada yang marah call/wasap tak angkat.
Untuk pengetahuan tuan puan semua, biasanya untuk sehari sebelum raya memang kami tiada jualan walk in. Jarang-jarang sekali terjadi kami buka jualan walk in. Sebabtu yang mana dah biasa dengan kami, memang akan datang buat tempahan raya seawal 2 minggu sebelum raya 😁
Kami cuma akan adakan jualan walk in selepas dah selesaikan 80% tempahan, itupun 'jika' ada lebih. Harap faham & maklum untuk semua. Terima kasih sekali lagi yang sentiasa support dan maaf sekali lagi dari pihak kami.
Selamat Hari Raya 🙏🏻