10/11/2022
Sedikit sejarah mengenai bahulu❤️
Menurut Sulalatus Salatin, makanan kegemaran pendekar buah dan saudara-saudaranya ialah cencaluk dan belacan serta kuih bahulu. Di Brunei, kuih ini dipanggil Kuih Buah Ulu, ada yang memanggilnya Bahulu.
Sebenarnya kesemua nama untuk kuih ini ada saling berkaitan. Singkatan namanya;
Bolu
Baulu - Ba Ulu - Buah Hulu
Bahulu - Buah Hulu
Buah ulu - Buah Hulu
Jadi baulu, bahulu dan buah ulu ini kenapa namanya berbeza? Inilah revolusi perkataan dan istilah. Pada masa dahulu, nenek moyang proto Melayu ada yang tinggal di hulu sungai dan ada yang tinggal di hilir sungai. Sungai itu bukankah salah satu sistem pengangkutan orang-orang zaman dahulu?
Orang-orang yang berada di hulu sungai, dipercayai adalah orang yang pertama yang mencipta kuih bahulu ini. Kuih bahulu ini selalunya dijadikan buah tangan. Orang-orang pada masa itu menyebut kuih ini sebagai buah tangan dari hulu. Lama-kelamaan sebutannya diringkaskan menjadi bahulu.
Oleh itu kuih bahulu adalah ringkasan daripada kuih buah tangan dari hulu. Pada masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Dan boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong.
Selamat berbahulu!
petang