Food Tracker Tanjong Malim

Food Tracker Tanjong Malim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Food Tracker Tanjong Malim, Restaurant, Tanjong Malim, Tanjung Malim.

Resepi air asam.Cili padi 10bijiCili besar 2 bijiTomato 1bijiBelacan 2 ibu jari- goreng dengan myk sikit.Lepas tu masukk...
04/11/2021

Resepi air asam.
Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
Blend semua.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
Ps: kalau anpa s**a pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg b*k lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii...

Sumber : kuali mama

*MEE JAWA*🌹Resepi:☑1 kg daging...rebus hiris nipis..☑2 kg keledek...rebus..blendBhn blend.⬇☑200 gm..udang kering *☑100 g...
05/09/2021

*MEE JAWA*🌹

Resepi:

☑1 kg daging...rebus hiris nipis..
☑2 kg keledek...rebus..blend

Bhn blend.⬇

☑200 gm..udang kering *
☑100 gm..udang geragau kering..*
☑2 labu bawang besar*
☑10 ulas bawang putih*
☑2 btg serai...hiris nipis*
☑1 inci halia*
☑2 senduk nasi cili blend..

☑1 senduk nasi rempah kari..
☑Gula melaka 2 ketul..
☑Garam
☑Minyak tuk menumis

Caranya:

1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3. Masukkan serbuk kari daging....biar hingga naik minyak..
4. Masukkan p**a daging yg dah direbus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Masukkan air rebusan daging..
6. Masukkan gula melaka yg telah dicincang
7.blend keledek rebus & tuang dlm periuk
8.Biar didih hingga minyak naik...
9.masukkan garam

Hidang bersama:
☑Mee kuning
☑Tauhu goreng
☑Taugeh
☑Telur rebus
☑Daun bawang
☑Cili hijau
☑Bawang goreng

Slmt Mencuba😉

RESEPI KUAH BAKSOCredit wawa🍲Bahan A:Bwg putih = 2 labuBawang besar = 5 bijiLada hitam(biji)= 2 paket kecil Halia sekera...
21/08/2021

RESEPI KUAH BAKSO
Credit wawa

🍲Bahan A:
Bwg putih = 2 labu
Bawang besar = 5 biji
Lada hitam(biji)= 2 paket kecil
Halia sekerat jari / 2 cm

👉Tumbuk@blend halus bahan A.

🍲Bahan B
=Daging 1kg (rebus hga empuk)
=Bebola bakso 1 paket

Cara2nya:
1) masukkan bahan A dlm periuk.

2) masukkan air (saya letak 3 jug blender)

3) masuk bahan B (termasuk air rebusan daging)

4) Garam secukup rasa.
**Bebola bakso tu, just nak bagi rebus seketika saja. Dah lembut, angkat bebola bakso (jgn biar dlm periuk bersama kuah terlalu lama SEBAB nanti hilang sedap bebola tu)

P/S: kalau rasa kurang garam, tambah2 la ye.

Cabai bakso🌶
(Blend kesemua ini)
1) 10 biji cabai burung
2) 10 biji cabai kering
3) 2 biji cabai merah
4) 3 sudu cuka makan
5) sedikit garam
6) 5-6 ulas bwg putih
7) sedikit air masak

🍲Kuah bakso, tidak perlu dimasak sesedap rasa SEBAB nanti kita kena makan bersama Cabai + Kicap + Sos cili.
(Campur perasa2 ini waktu nak makan)

📌Hidangan bakso, paling penting kna pndai main 3 bahan ni masa nak makan ( kicap, sos & cabai) JANGAN TERlebih & JANGAN TERkurang. Kena pandai alter😉

🍾Saya guna Kicap Pekat Mudim, sos cili kimball.

Selamat mencuba 😊

SATAY AYAMBahan-bahan:1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai ...
25/07/2021

SATAY AYAM

Bahan-bahan:
1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )
p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara membuat:
1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.

2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.

3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.

5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.

6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!

Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit

Selamat mencuba.

DAGING BAKAR THAIBahan:- 1/2 kg daging- 4 ulas bawang putih- 1 batang Serai- Kicap- Sos tiram- Garam- GulaBahan (pencica...
24/07/2021

DAGING BAKAR THAI

Bahan:
- 1/2 kg daging
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang Serai
- Kicap
- Sos tiram
- Garam
- Gula

Bahan (pencicah):
- 1 ulas bawang putih
- Akar ketumbar
- Daun ketumbar
- Cili padi
- Sos ikan
- Gula
- Limau nipis

Cara penyediaan (pencicah):
1. Tumbuk bawang putih & akar ketumbar.
2. Satukan semua bahan & gaul rata.
3. Hiris halus cili padi.

Cara penyediaan (daging):
1. Tumbuk bawang putih & serai sehingga lumat.
2. Gaulkan daging bersama kicap, sos tiram, garam & gula. Perap daging.
3. Bakar daging.
4. Siap!

Kredit: Resepi Ummi & Rasa.my

30/05/2021

Lagu Raya Bagi Anak Warga Palestin.
Mari Kita Memberi Sokongan Doa, Kewangan, Semangat dan Perbuatan
Bantu mengikut kemampuan kita.

Resepi Kuewtiau Sup FishballBahan-bahan1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan tosk...
28/05/2021

Resepi Kuewtiau Sup Fishball

Bahan-bahan
1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang
1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.
1 pek kecil fishball dibelah dua.
1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kes**aan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang s**a. Perah sedikit limau.

Siap.

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

💕 Petua Menghilangkan Rasa KebasBahan-bahan:1 Genggam Halba2 Batang Serai1 Sudu Asam Jawa4cm HaliaCara-caranya:Rebus kes...
28/05/2021

💕 Petua Menghilangkan Rasa Kebas

Bahan-bahan:

1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.

Serai p**a berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.

Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.

Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Selamat Mencuba!

*edit post. Ramai Yang tidak kenal dengan halba. Mira sertakan gambar sekali. Halba biasa digunakan dalam nasi dagang, Dan sesetengah orang pantai timur letak dalam nasi lemak. Juga diguna dalam menumis kari ikan. Boleh dapatkan di kedai rempah atau pasaraya. Murah je.

Kredit : info menarik

Nie kat Peneng...Kalau kat Tanjung Malim mana agaknya lokasi yang Padu?
26/05/2021

Nie kat Peneng...

Kalau kat Tanjung Malim mana agaknya lokasi yang Padu?

Nasi Arab Meletop🌺Bhn utk rebusan ayam & sup & Nasi 🌺1 ekor ayam potong 41 biji tomato belah 4*1 bji bawang besar belah ...
26/05/2021

Nasi Arab Meletop

🌺Bhn utk rebusan ayam & sup & Nasi 🌺

1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
( Bahan² bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye..masuk je macam tu .. nak kuah lebih tambah ckit bahan² )

🌺Utk nasi 🌺

Tumis bwg besar setgh bji mayang*
halia seinci & 3 sekwn*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cwn beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
Garam

- tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar ... Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi ...

🌺Sambal arab🌺

Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend + jus lemon)

🌺Salatoh🌺

Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
( Satukan semua perah lemon )

🌺Ayam yg nk versi bakar ( Sya lebih s**a versi msuk dlm nasi..lembut sgt isi 🌺

Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )

Credit : Norashikin Ismail

Laksa Tanjung Malim Bumi Muallim. Aku nak komen sikit jer bab laksa.Klau laksa paling padu 5🌟 kat Tanjung Malim.Memang a...
18/05/2021

Laksa Tanjung Malim Bumi Muallim.
Aku nak komen sikit jer bab laksa.
Klau laksa paling padu 5🌟 kat Tanjung Malim.
Memang aku bagi kat Laksa Power Berapi.
Lokasi : Depan BHL, Taman U, Pintu Timur UPSI.
Aku ingatkan makan sambil sediakan Air Sirap lebih.
Ini Penilaian Diri Sendiri.
Ang s**a makan laksa Kohor. Makan lah..
Ang s**a makan laksa Peneng. Makan lah..
Ang s**a makan laksa Kedah. Makan lah..
Ang s**a makan laksam. Makan lah..
Selagi ia Halal, Makanlah.
Kredit : Jefri Saari

💕  Sambal goreng jawa ENAK Bahan Bahan1- Kentang - Murah di TF 2- Tempe - Murah di TF3- Pedal ayam - Segar di Pasar Basa...
18/05/2021

💕 Sambal goreng jawa ENAK

Bahan Bahan
1- Kentang - Murah di TF
2- Tempe - Murah di TF
3- Pedal ayam - Segar di Pasar Basah Tg.Malim
4- Tauhu - Segar di Wakden

Cara Membuatnya :

Gorengkan semua bahan diatas.
1) rendamkan suhun sehingga ia lembut

2) Kemudian hiriskan bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.

3) tumbuk sedikit ikan bilis (dalam 3 cubit), pastikan ikan bilis tersebut dibasuh dahulu.

4) tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris.

5) Kemudian masukkan garam, gula dan cukup rasa. Selepas itu, Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kicap mee dan Kacau sebati.

Selamat Mencuba. 👍

Address

Tanjong Malim
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Food Tracker Tanjong Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category