14/09/2021
7 KHASIAT LUARBIASA TAUGE YANG SERING DIPINGGIRKAN DI TEPI PINGGAN 🥲🥲🥲
1. 2 KALI GANDA LEBIH BANYAK PROTEIN BERBANDING DAGING LEMBU & AYAM
Tauge yang berasal dari biji kekacang ini sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Apa perlunya protein ni? Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.
2. 100 KALI GANDA LEBIH BANYAK ENZIM BERBANDING SAYURAN LAIN
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Enzim ni penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Jadi, siapa yang ada masalah penghadaman dan perut kembung tu eloklah makan tauge dan janganlah buang dari pinggan tu!
3. MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN
Selain itu, seperti kebanyakan sayuran lain, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. So secara tak langsung, ia dapat membantu anda mengawal berat badan.
4. KAYA ANTIOKSIDAN
Jangan ingat buah-buahan mahal macam strawberry je yang kaya antioksidan tau! Tauge ni sebenarnya cukup kaya antioksidan dan asid amino yang mampu memberikan pelbagai kebaikan seperti melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk kita amalkan.
5. SUMBER OMEGA-3
Jangan ingat asid lemak omega-3 hanya ada dalam makanan laut atau telur sahaja ya.Ternyata, tauge juga merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik dan murah pulak tu.
6. MEMBANTU MENGURANGKAN STRES
Menurut kajian, komponen flavonoid yang terdapat dalam tauge dikatakan berpotensi dalam membantu mengurangkan simptom stres serta kemurungan yang makin banyak dialami oleh masyarakat kita kini.Flavonoid ini merangsang hormon melatonin yang mengawal mood dan meregulasikan kitaran tidur manusia agar lebih teratur.
7. MENYOKONG SISTEM PERTAHANAN BADAN
Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B, C, K dan E serta mineral seperti zat besi.Vitamin dan zat mineral inivitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita terutamanya dalam menyokong sistem pertahanan badan.
Sekarang anda tahu ! ❤️❤️❤️