20/10/2025
Sudah hampir lima tahun saya membimbing anak muda ini belajar mengaji. Bertugas di salah sebuah stesen minyak di Pulau Pinang.
Setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat dia dan beberapa temannya yang lain hadir belajar mengaji.
Tak pernah rasa penat.
Tak pernah bagi alasan sibuk.
Sikit-sikit merangkak betulkan satu- persatu huruf.
Dulu, masa mula-mula datang, bacaannya sangat merangkak. Huruf pun banyak yang tak kenal.
Iqra' 1 pun rasa berat.
Tapi hari ini, selepas empat tahun lebih berjuang
dia dah sampai Iqra 5.
Bacaannya pun dah mula lancar.
Setiap kali saya dengar, saya sendiri rasa sebak sebab nampak betapa besarnya nilai 'kesungguhan yang kecil tapi berterusan'.
Kawan-kawan,
Belajar Al-Qur’an ini bukan tentang 'berapa banyak kita baca', tapi tentang 'sejauh mana kita berusaha untuk betulkan satu huruf demi satu huruf.'
Jangan tunggu hati dah keras baru nak mula.
Jangan tunggu sakit baru teringat nak belajar.
Dan jangan tunggu 'malaikat mula menyapa', baru terasa nak genggam mushaf.
Selagi nyawa masih ada, selagi lidah masih mampu menyebut, belajarlah walau perlahan.
Kerana Al-Qur’an inilah akan jadi kawan kita dalam kubur nanti.
---
3 Tips Untuk Pemula Nak Mula Belajar Al-Qur’an,
1. Cari guru, bukan hanya aplikasi.
Biar bacaan kita diperbetulkan tangan seorang guru, bukan sekadar fonetik dari telefon.
2. Tetapkan masa tetap setiap minggu.
Walau 15 minit seminggu, biar istiqamah. Yang sedikit tapi berterusan itu lebih diberkati.
3. Jangan malu.
Tak ada istilah 'terlambat' untuk belajar. Yang rugi hanyalah orang yang tak mula lagi.
Nak mula, mulakan terus hari ini. Walau satu ayat, walau satu huruf, asalkan kita mula.
Itulah.
Kita buat sama-sama ya.
Muhd Bazli Zakaria
Dari Iqra 1 ke Iqra 5, kisah satu kesungguhan.