Umrah Premium Safwah - Subang Jaya

Umrah Premium Safwah - Subang Jaya Menyantuni Tetamu Allah ke Haramain
(4)

Ada ke benda ni...??Post Haji Depression ❓Post Haji Blues ❓Kemurungan Pasca Haji❓Tiga istilah yang berbeza, tetapi ramai...
21/06/2026

Ada ke benda ni...??

Post Haji Depression ❓
Post Haji Blues ❓
Kemurungan Pasca Haji❓

Tiga istilah yang berbeza, tetapi ramai jemaah sebenarnya sedang melalui pengalaman yang hampir sama.

Kini musim kepulangan jemaah Haji hampir berakhir.

Pada awalnya, perkongsian dipenuhi kisah-kisah indah tentang Arafah, Muzdalifah, Mina dan pengalaman menjadi tetamu Allah.

Namun sekarang, banyak perkongsian mula berubah.

Ramai berkongsi tentang rasa rindu yang mendalam.

Hati yang terasa kosong.

Jiwa yang seolah-olah masih tertinggal di Tanah Suci walaupun jasad telah pulang ke rumah.

Hakikatnya, inilah antara pengalaman yang paling jarang dibincangkan sebelum seseorang berangkat ke Haji.

Ramai bersedia menghadapi cabaran semasa Haji, tetapi tidak ramai yang bersedia menghadapi kehidupan selepas Haji.

Sebab itulah dalam buku Bekas Yang Tidak Hilang, aku memasukkan dalam Bahagian terakhir, 6 tajuk mengenai perjalanan jiwa selepas Haji.

Bukan sekadar membincangkan perasaan rindu, gelisah dan kekosongan yang mungkin dialami tapi paling PENTING beberapa panduan dan solusi untuk memahaminya serta menghadapinya dengan lebih tenang.

Jika tiada kefahaman mungkin ada yang menganggap ianya tanda kelemahan.

Sebaliknya, ia mungkin tanda bahawa hati pernah disentuh oleh sesuatu yang sangat besar.

Jika anda baru pulang dari Haji dan tertanya-tanya,

"Kenapa aku rasa begini?"

Mungkin anda tidak keseorangan.

Dan mungkin sebahagian jawapannya ada dalam Bekas Yang Tidak Hilang.

Klik sini untuk pembelian...

https://www.facebook.com/share/1Cgm4fCodo/

Terima kasih...

PACKA SOLUTION (002731503-U)No 126-1, Jalan Lavender Height 3, Pusat Niaga Lavender Height 70400 Seremban, Negeri Sembilan

ROAD TO ARAFAH - 1 HARIPanduan 12 — 3 Doa Sampingan“Kadang-kadang doa yang paling berbekas… bukan doa yang paling panjan...
24/05/2026

ROAD TO ARAFAH - 1 HARI

Panduan 12 — 3 Doa Sampingan

“Kadang-kadang doa yang paling berbekas… bukan doa yang paling panjang… tetapi doa yang dibaca dengan hati yang benar-benar hadir.”

Para Dhuyufurrahman disarankan agar menggunakan risalah kecil ini sebagai tambahan kepada doa-doa utama sama ada yang disediakan oleh Tabung Haji ataupun doa-doa peribadi sendiri.

Doa-doa yang disusun ini hanyalah sebagai pengisi ruang waktu yang masih berbaki… Agar hati sentiasa hidup dengan munajat, pengharapan dan hubungan dengan Allah Taala sepanjang perjalanan Haji.

Panduan Ini Mengandungi 3 Doa
(2 Bahagian)

Bahagian 1
1️⃣ Doa Sebelum Melafazkan Niat Haji

2️⃣ Doa Ketika Berwuquf Di Arafah

Bahagian 2
3️⃣ Doa Di Penghujung Senja Di Arafah

Bacalah dengan perlahan…

Dengan hati yang tenang…

Dan dengan keyakinan bahawa Allah mendengar setiap rintihan hamba-Nya…

Terima kasih..🌹🌹

Jika berminat untuk dapatkan Doa² sampingan ini dalam bentuk Pdf, sila PM saya..

Ahmad Tiflla
0192600474

AGENDA KURSUS PENGHAYATAN HAJI 2026.Ringkas, jelas & berbekas di hati.1️⃣ Niat Yang Menentukan Segalanya.Mencorakkan per...
04/04/2026

AGENDA KURSUS PENGHAYATAN HAJI 2026.

Ringkas, jelas & berbekas di hati.

1️⃣ Niat Yang Menentukan Segalanya.
Mencorakkan perjalanan & menentukan hasil.

2️⃣ Persediaan Hati Yang Sebenar.
Menata, mensuci dan menghias hati sebelum melangkah.

3️⃣ Memahami Ujian Sebelum Haji.
Kerisauan & cabaran — sebahagian daripada pakej.

4️⃣ 6 Hari Penentu Nilai Haji (8–13 Zulhijjah).
Bagaimana setiap detik menentukan keseluruhan ibadah.

5️⃣ Momen² Berbekas di 3 Padang Tarbiah.
Agar tidak sekadar lalu… tetapi benar-benar terasa.

6️⃣ Arafah: Saat Yang Tidak Akan Berulang
Cara memaksimalkan hari paling agung dalam hidup.

7️⃣ Muzdalifah: Tarbiah Penting Yang Ditinggalkan.
Belajar tawakkal dalam keadaan yang serba terhad.

8️⃣ Mina: 3 Malam Latihan Jiwa
Ujian sabar… dan kemenangan melawan hasutan & nafsu.

9️⃣ Selepas Haji: Menjaga Nilai & Perubahan.
Agar Haji tidak terhenti… tetapi terus hidup dalam diri.

✨ Siri Kursus Penghayatan Haji 2026
📍 Subang Jaya

📅 18 April 2026 ( Masjid al Madaniah / Masjid Al Falah USJ 9 Subang Jaya )

📅 22 April 2026 ( Pejabat - USJ 21 Subang Jaya )

📅 25 April 2026 ( Pejabat - USJ 21 Subang Jaya )

Bermula : 8.30pg - 12.30tgh.

Tiga peluang… untuk satu persediaan yang tidak boleh diulang.

Tempat terhad.

Terbuka kepada semua yang ada niat untuk mengerjakan haji samada yang sudah menerima tawaran rasmi atau masih menanti.

Mulakan langkah dengan ilmu… sebelum melangkah sebagai tetamu-Nya.

PM saya jika berminat
Ahmad Tifla
0192600474

KURSUS PENGHAYATAN HAJI 2026Arafah tinggal 57 hari 26 Mei 2026 semakin menghampiri…Ramai yang sudah menerima tawaran…tet...
30/03/2026

KURSUS PENGHAYATAN HAJI 2026

Arafah tinggal 57 hari

26 Mei 2026 semakin menghampiri…

Ramai yang sudah menerima tawaran…
tetapi dalam diam, hati mula bertanya:

“Bagaimana keadaan dunia sekarang?”

“Akan terganggu atau ditangguhkan?”

“Harga… keadaan… keselamatan…”

Namun hakikatnya,
Perjalanan ini bukan ditentukan oleh manusia.

Bukan oleh kuasa dunia…
bukan oleh sesiapa…

Tetapi oleh Allah Ta‘ala
yang menjemput siapa yang Dia kehendaki,
pada waktu yang Dia tetapkan.

Jika dipanggil —
itulah rezeki yang tidak ternilai.

Jika ditangguhkan —
itulah tarbiyah yang masih berjalan.

Dan jika telah berniat serta berusaha,
walaupun belum sampai ke Tanah Suci,
setiap langkah itu sudah pun ditulis nilainya di sisi-Nya.

Kerana dalam perjalanan ini,
yang berada dalam genggaman kita hanyalah:

Niat, Usaha & Tawakkal.

Adapun hasilnya,

itu adalah MILIK ALLAH sepenuhnya.

Dalam baki hari menuju Arafah,
jangan biarkan hati terus dibayangi kerisauan…

tetapi isikan ia dengan ilmu, doa dan sangkaan baik kepada-Nya.

✨ KURSUS PENGHAYATAN HAJI 2026

📅 18 April 2026

Satu perkongsian yang bukan sekadar “apa perlu dibuat”…

tetapi bagaimana untuk:

• Menata hati sebelum melangkah
• Mensucikan jiwa dalam perjalanan
• Menghiasi setiap hari Haji dengan makna sebenar

Berdasarkan pengalaman sebenar —
yang pernah dilalui…

dan yang pernah meninggalkan kesan mendalam dalam hati.

Penyertaan hanya terhad pada 200 peserta.

Maklumat lanjut akan dikongsikan esuk..

Insya Allah..



Ahmad Tifla
0192600474

Tiga transit dilalui dalam 6 hariARAFAH..MUZDALIFAH..MINA....Soalnya, apa yang dibawa pulang?Ramai jemaah pulangdengan c...
20/02/2026

Tiga transit dilalui dalam 6 hari
ARAFAH..
MUZDALIFAH..
MINA....

Soalnya, apa yang dibawa pulang?

Ramai jemaah pulang
dengan cerita dan gambar,
tetapi sedikit yang pulangdengan hati yang berubah.

Haji bukan berakhir di Mina.

Ia bermula
apabila kita kembali menjalani hidup.

Hajinya Yang Terakhir – Edisi Istimewa
ditulis untuk mereka
yang mahu membawa pulanglebih daripada sekadar kenangan.

👉 Miliki Edisi Istimewa sebelum pre-order ditutup pada 25 Feb 2026.

📌 Edisi terhad | Naskhah simpanan jangka panjang

Menuju Arafah 2026.“Kalaulah aku tahu lebih awal…”Kerja Haji hampir mustahil untuk berpatah balik.Apa yang terlepas,seri...
19/02/2026

Menuju Arafah 2026.

“Kalaulah aku tahu lebih awal…”

Kerja Haji hampir mustahil untuk berpatah balik.

Apa yang terlepas,
sering hanya disedari setelah semuanya selesai.

Ramai jemaah Haji
faham hukum dan rukun,
tahu apa yang perlu dibuat,
namun gagal menentukan apa yang paling perlu diutamakan.

Di Arafah, Muzdalifah dan Mina, ujian tidak datang untuk dielakkan,
tetapi untuk menilai —
apakah kita memilih keselesaan diri atau kesempurnaan ibadah sebagai hamba.

Akhirnya, Haji sah dan selesai…namun tidak semua Haji
pulang dengan perubahan.

👉 PRE-ORDER SEKARANG — SEBELUM DITUTUP

📘 Hajinya Yang Terakhir – Edisi Istimewa

Cetakan sangat terhad.
Untuk mereka yang tidak mahu berkata,

“Kalaulah aku tahu lebih awal…”

Tempahan awal (pre-order) telah dibuka.

https://ezy.la/hajinyayangterakhir-edisistimewa





RAKAMAN DAWRAH KITAB RAHASIA PUASA & ADAB MEMBACA AL QURANDurasi rakaman semua 5 siri ini dalam 6 jam...Mungkin terasa t...
16/02/2026

RAKAMAN DAWRAH KITAB RAHASIA PUASA & ADAB MEMBACA AL QURAN

Durasi rakaman semua 5 siri ini dalam 6 jam...

Mungkin terasa terlalu berharga untuk dihabiskan begitu sahaja.

Sebab itu, cubalah 30 minit pertama.

Jika sudah tahu atau terasa hambar tak perlu diteruskan.

Tetapi jika hati terasa ditegur, terkesan & rasa ingin perbaiki kualiti puasa kita maka jangan sia-siakan peringatan yang Allah hantarkan.

Rugi sangat bila peluang kebaikan sebegini sampai,
tetapi kita scroll je tanpa berhenti walau sejenak.

Dan lebih rugi,
jika Ramadan dilalui
hanya dengan lapar dan dahaga tanpa mengetahui apa yang lebih berharga & bermakna.

SIRI 1️⃣ - Mula dari minit 9.30.
https://youtu.be/v1vx2VLhwQs

SIRI 2️⃣
https://youtu.be/HKMuGBUWt_Q

SIRI 3️⃣
https://youtu.be/gW2jyQHXeBY

SIRI 4️⃣
https://youtu.be/Y9w5paF_j6s

SIRI 5️⃣
https://youtu.be/U8GW3gGZMNk

Al Fatihah untuk Guru Mulia Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah

🌹Salam Ramadan Kareem 1447, Semuga Ramadan Tahun Ini Adalah Yang Terbaik Bagi Anda.🌹

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Edisi Istimewa Hajinya Yang Terakhir – bukan sekadar sebuah buku Haji.Ia adalah catatan tentang perjalanan hidup tentang...
09/02/2026

Edisi Istimewa Hajinya Yang Terakhir –
bukan sekadar sebuah buku Haji.

Ia adalah catatan tentang perjalanan hidup
tentang niat yang diluruskan,
hati yang diuji,
dan seorang hamba yang belajar kembali
ke tempat asalnya di sisi Tuhan.

Disusun sebagai travelog 3 dalam 1:
penceritaan perjalanan,
pengajaran hati,
dan panduan kehidupan.

Dicetak sebagai buku kulit keras,
berwarna penuh,
dengan font besar yang selesa dibaca
untuk semua peringkat usia.

65 bab disusun rapi
daripada lintasan niat pertama
hingga renungan di penghujung hayat.

Ini bukan naskhah untuk dibaca tergesa-gesa.
Ia ditulis untuk dibaca perlahan,
dan disimpan lama.

Maklumat lanjut tentang pre-order akan kami kongsikan dalam Group " Hajinya Yang Terakhir" yang akan menyusul esok,

Ini mungkin kisah Haji seseorang.
Tetapi boleh jadi…
ini juga perjalanan anda...

Terima kasih..




AKAN DITERBITKAN....Insya Allah...- ini adalah perjalanan kita juga...
31/01/2026

AKAN DITERBITKAN....
Insya Allah...

- ini adalah perjalanan kita juga...

13/01/2026

NOTIS PERMOHONAN MAAF – BUKU HIS FINAL HAJJ

Kami memohon maaf atas kelewatan penghantaran buku His Final Hajj.

Kelewatan ini disebabkan keputusan kami untuk menukar kulit buku daripada soft cover kepada HARD COVER demi kualiti bacaan dan kepuasan pembeli.

📦 Penghantaran batch pertama bermula hari ini, dan semua pembeli pre-order dijangka menerima buku dalam tempoh 3 hari dari tarikh ini (bergantung lokasi).

Terima kasih atas sokongan dan kesabaran anda.

Mohon maaf atas segala kesulitan. 🙏

Address

19-2, Jalan USJ 21/10
Subang Jaya
47630

Telephone

+60122600160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Premium Safwah - Subang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share