14/10/2025
JUMAAT 10/10/2025
Alhamdulillah Biqma selesai uruskan Ketering Otak-Otak Biqma.
Setiap 1000pcs Free 100pcs.
Untuk event kalini
Tuan rumah request 1500pcs dan Biqma belanja 100pcs Pepes. Sebab Biqma nak hadiahkan Pepes untuk Tuan Rumah. Jadi dapat lah mereka 2 jenis, 2 rasa. Kebiasaan untuk katering permulaan bakar tu kami akan siapkan dalam kotak simpan untuk tuan rumah. Sebab tuan rumah sibukkan mana sempat nak makan. Adakala saudara mara pun akan order tepi untuk simpankan juga.
Tapi itulah bajet ni bergantung pada tuan rumah. Bulan lepas dan bulan ni Biqma dapat event yang undangannya kecil atau sikit tapi mereka order 3kali ganda daripada jumlah tetamu. Memang lambakakan jugalah. Tapi sisi tepi kami dah packkan bungkusan sebagai ole-ole. Alhamdulillah laku. Setiap yang makan, mesti nak bawa balik juga. Bulan lepas bakar kenduri jemputan hanya 400pax tapi tempah 1500pcs. Kalini pun sama jemputan anggaran 500pax tapi yang hadir 200pax. Kami bakar 1600pcs. Memang besar bajet tuan rumah dan mereka tak kisah untuk lebihan mereka suruh agihkan.
Bakar Otak-Otak di Majlis sangat meriah.