Universiti Selangor

Directions Website Contact the restaurant

Universiti Selangor Education Provider In a span of 11 years UNISEL has undergone through several stages of development in its effort to produce graduates to meet national needs.

Various initiatives have been outlined to make UNISEL a reputable university, not only with respect to the graduates it produces, but also through the involvement of its academic staff in research and innovation. UNISEL is a Private Institution of Higher Learning registered in August 24, 1999. UNISEL offers more than just quality education. With over 85 diploma, undergraduate, post-graduate degree programmes and PhD in various fields, it is well placed to be a premier institution of higher learning with emphasis on catering to industry’s requirements. State-of-the-art training, research and development facilities are additional plus points for this emerging university to address the changing needs of industry. The sprawling campus in Bestari Jaya set amidst 1,000-acre of land houses the following faculties: Faculty of Engineering; Faculty of Industrial Information Technology, Faculty of Education and Social Sciences and Faculty of Science and Biotechnology. The Shah Alam Campus, strategically located in the city of Shah Alam, is supported by good infrastructure and facilities. It houses the following faculties and centers of excellence: Faculty of Biomedical and Health Sciences; Faculty of Art and Design; Faculty of Communication and Media; Faculty of Business; Centre for Graduate Studies; Centre for Research and Innovation; Institute of Bio-IT Selangor Unisel; Centre for Business Development, Consultancy and Industrial Linkages; Centre for Foreign and International Studies and Japanese Associate Degree Program.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Ikhlas daripada:Presiden dan Naib Canselor serta seluruh warga kerja Universiti Selangor.
15/09/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Ikhlas daripada:
Presiden dan Naib Canselor serta seluruh warga kerja Universiti Selangor.

🇲🇾 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔SHAH ALAM, 15 September 2026 – Un...
15/09/2026

🇲🇾 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

SHAH ALAM, 15 September 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) turut hadir memeriahkan program bersama Dato’ Menteri Besar Selangor sempena sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program berlangsung menerusi dua sesi utama, iaitu Bicara Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026, diikuti Townhall Rakyat Sinar Harian bersama Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut bersama ialah seramai 80 orang mahasiswa Budiman UNISEL yang hadir menghayati perkongsian dan aspirasi kepimpinan negeri, khususnya mengenai peranan generasi muda dalam mencorakkan masa depan Selangor dan Malaysia.

Bertemakan “Seruan Kita, Harapan Kita , Masa Depan Kita”, program ini menjadi wadah menyemarakkan semangat kebersamaan, perpaduan serta tanggungjawab generasi muda terhadap pembangunan negeri dan negara.

Sebagai universiti milik Kerajaan Negeri Selangor, UNISEL akan terus memperkasa mahasiswa sebagai generasi berilmu, berdaya saing dan berupaya memberikan impak kepada masyarakat.

Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

MUHAMMAD AL-HAFIZ ABD RAHAMAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
15 September 2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾𝘜𝘕𝘐𝘚𝘌𝘓 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘭𝘮𝘶,𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘱𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯,𝘔𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢.Dalam kepelbagaian, kita be...
15/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

𝘜𝘕𝘐𝘚𝘌𝘓 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘭𝘮𝘶,
𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘴𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘱𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯,
𝘔𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢.

Dalam kepelbagaian, kita bersatu.
Melalui pendidikan, kita membina masa depan.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 (𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋)

SUARA RAKYAT, AGENDA SELANGOR 🇲🇾Apa yang rakyat Selangor fikirkan? Apa yang menjadi keresahan dan harapan mereka? Dan ap...
14/09/2026

SUARA RAKYAT, AGENDA SELANGOR 🇲🇾

Apa yang rakyat Selangor fikirkan? Apa yang menjadi keresahan dan harapan mereka? Dan apakah hala tuju Selangor yang kita mahu bina bersama?

Saksikan Town Hall Rakyat bersama Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam satu sesi dialog yang membuka ruang untuk rakyat mendengar, bertanya dan berkongsi pandangan secara terus.

📅 15 September 2026 | Selasa
⏰ 2.30 petang – 5.00 petang
📍 Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
🎙️ Hos: Fikry Ibrahim

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbincangan mengenai isu, cabaran dan masa depan Selangor.

Kerana suara rakyat bukan sekadar untuk didengar, tetapi perlu diberi perhatian.

📺 Saksikan secara langsung di Sinar Harian.

SUARA RAKYAT, AGENDA SELANGOR 🇲🇾

Apa yang rakyat Selangor fikirkan? Apa yang menjadi keresahan dan harapan mereka? Dan apakah hala tuju Selangor yang kita mahu bina bersama?

Saksikan Town Hall Rakyat bersama Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam satu sesi dialog yang membuka ruang untuk rakyat mendengar, bertanya dan berkongsi pandangan secara terus.

📅 15 September 2026 | Selasa
⏰ 2.30 petang – 5.00 petang
📍 Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
🎙️ Hos: Fikry Ibrahim

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbincangan mengenai isu, cabaran dan masa depan Selangor.

Kerana suara rakyat bukan sekadar untuk didengar, tetapi perlu diberi perhatian.

📺 Saksikan secara langsung di Sinar Harian.

Credit : Media Selangor
12/09/2026

Credit : Media Selangor

Kerjasama strategik gabungkan kepakaran akademik dan keupayaan pelaksanaan bagi menterjemah agenda kelestarian kepada tindakan nyata

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐊Universiti Selangor (UNISEL) hari ini teru...
12/09/2026

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐊

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini terus memperluas keterlibatan bersama masyarakat apabila beberapa pasukan universiti bergerak serentak hari ini dalam program pendidikan, kerjaya dan jaringan komuniti di tiga lokasi berbeza.

Pasukan Pemasaran UNISEL menyertai pameran pendidikan dan kerjaya di SMK Tropicana serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, sebagai usaha mendekati bakal pelajar dan memberikan pendedahan secara langsung mengenai peluang pengajian serta laluan pendidikan yang ditawarkan di UNISEL.

Pada masa sama, UNISEL turut bersama komuniti di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri 2 menerusi Program Derma Darah anjuran KRT dan Persatuan Penduduk BTP2.

Penglibatan UNISEL di program berkenaan digerakkan melalui kerjasama Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, melibatkan COMNET, AAK UNISEL FC serta Unit Kaunseling dan Latihan.

Program komuniti tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, sekali gus memperlihatkan komitmen universiti untuk terus bersama masyarakat menerusi pendekatan yang lebih dekat dan berimpak.

Selain aktiviti derma darah, program di Surau Nur As-Sobirin turut menawarkan pemeriksaan kesihatan, jualan komuniti, aktiviti kekeluargaan, pertandingan mewarna serta pelbagai reruai perkhidmatan dan informasi.

Penyertaan serentak UNISEL di ketiga-tiga lokasi ini mencerminkan usaha universiti untuk memperkukuh keterlihatan institusi bukan sahaja dalam aspek pendidikan, malah menerusi hubungan langsung bersama sekolah, institusi pendidikan dan masyarakat setempat.

Pendekatan ini selari dengan aspirasi UNISEL untuk menjadi universiti yang dekat dengan masyarakat serta memastikan kepakaran, peluang pendidikan dan inisiatif pembangunan komuniti dapat dimanfaatkan secara lebih meluas.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
12 September 2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 – 𝐌𝐁𝐈Jabatan Komunikasi Korporat (CorpComm)  (UNISEL) hari ini mengadakan kunjungan...
11/09/2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 – 𝐌𝐁𝐈

Jabatan Komunikasi Korporat (CorpComm) (UNISEL) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sebagai langkah memperkukuh hubungan serta meneroka potensi jalinan strategik antara kedua-dua organisasi.

Delegasi UNISEL diketuai oleh En. Al-Hafiz Abd Rahaman, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UNISEL, manakala pihak MBI diwakili oleh Pn. Aemizureen Kamarudin, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kump**an MBI.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi perspektif serta membincangkan ruang kolaborasi strategik dua hala, khususnya dalam aspek komunikasi korporat, keterlihatan institusi, pengurusan reputasi dan inisiatif bersama yang berpotensi dilaksanakan pada masa akan datang.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat, strategik dan berimpak, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama antara UNISEL dan MBI demi kepentingan serta pembangunan Negeri Selangor.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
11 September 2026

KENYATAAN MEDIA DARIPADAPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSambutan Jubli Perak sempena Pemerintahan Duli Yang M...
11/09/2026

KENYATAAN MEDIA DARIPADA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sambutan Jubli Perak sempena Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐄𝐒𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔SHAH ALAM, 10 September 2...
11/09/2026

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐄𝐒𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

SHAH ALAM, 10 September 2026 – Kelestarian bukan lagi sekadar satu aspirasi, sebaliknya menjadi sebahagian daripada hala tuju pembangunan institusi pendidikan tinggi. Menyedari kepentingan tersebut, Universiti Selangor (UNISEL) meneruskan langkah memperkukuh agenda kelestarian dan Environmental, Social and Governance (ESG) menerusi Forum Sustainability & ESG 2026, dengan kerjasama Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Penganjuran program ini semalam membawa satu mesej penting bahawa UNISEL mahu memastikan kekuatan yang dimiliki universiti dapat diterjemahkan kepada impak yang nyata dan boleh diukur.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, yang mengetengahkan komitmen universiti dalam memperkukuh agenda kelestarian sebagai sebahagian daripada pembangunan dan kecemerlangan institusi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Puan TPr. Annie Syazrin binti Ismail, Ahli Lembaga Jawatankuasa Kelestarian MBI Selangor, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an MBI Selangor, yang mencerminkan sokongan dan komitmen strategik kerajaan negeri dalam memperkasakan agenda pembangunan mampan menerusi kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi khususnya di Universiti Selangor (UNISEL).

Perkara tersebut turut dizahirkan menerusi sesi khas “UNISEL’s Sustainability Journey: Turning Campus Strengths into Measurable Impact” yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Suhaila Yaacob, Ketua Kelestarian UNISEL. Sesi ini mengetengahkan usaha universiti dalam membangunkan pendekatan kelestarian yang lebih tersusun serta berorientasikan hasil dan impak yang boleh diukur.

Lebih daripada sekadar perkongsian ilmu, Sustainability and ESG 2026 menjadi ruang untuk UNISEL mempertemukan ilmu, kepakaran, dasar dan tindakan dalam satu ekosistem yang saling melengkapi.

Perkongsian melalui syarahan utama oleh Dr. Wesam Al Madhoun, Founder, Global Ambassadors of Sustainability (GAoS) bertemakan “Transforming Knowledge into Action: Higher Education, Public Policy and Selangor’s Sustainable Future” p**a mengangkat peranan institusi pendidikan tinggi dalam memastikan ilmu yang dihasilkan tidak terhenti di ruang akademik, sebaliknya dapat menyumbang kepada pembentukan dasar, penyelesaian isu masyarakat dan pembangunan masa hadapan.

Forum ini turut menampilkan YBhg. Datin Paduka TPr Noraini Roslan dan YBrs. Tuan Dr. Hariramalu a/l Ragavan, masing-masing sebagai Ahli Lembaga Jawatankuasa Kelestarian MBI Selangor, menerusi sesi Strategic Sustainability Presentations yang memberikan perspektif strategik terhadap agenda kelestarian dan ESG.

Dalam konteks Selangor, usaha ini memperlihatkan potensi UNISEL untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ilmu yang menyokong aspirasi pembangunan negeri secara mampan, melalui penghubungan antara institusi pendidikan tinggi, kerajaan, industri dan masyarakat.

Justeru, Sustainability and ESG 2026 bukan sekadar sebuah forum, tetapi merupakan platform untuk UNISEL memperlihatkan kekuatan, membina jaringan strategik dan meneroka peluang baharu bagi menghasilkan impak yang lebih besar.

Daripada kampus kepada komuniti, daripada ilmu kepada tindakan, UNISEL terus melangkah untuk membina sebuah institusi yang bukan sahaja relevan dengan keperluan semasa, malah bersedia membentuk masa depan yang lebih mampan.

UNISEL | Membina Masa Hadapan, Mencipta Impak

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
11 September 2026

LIVE STREAM | SUSTAINABILITY AND ESG FORUM 2026 | Organised by UNISEL in collaboration with MBI Selangor  | LIVE STREAM ...
10/09/2026

LIVE STREAM | SUSTAINABILITY AND ESG FORUM 2026 | Organised by UNISEL in collaboration with MBI Selangor | LIVE STREAM | SUSTAINABILITY AND ESG FORUM 2026 | Organised by UNISEL in collaboration with MBI Selangor |

LIVE STREAM | SUSTAINABILITY AND ESG FORUM 2026 FROM VISION TO ACT...

Address

Jalan Zirkon A7/A
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Universiti Selangor:

Shortcuts

Share