28/07/2026
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Pejabat Urusan GSH Catering Services & Food Testing telah berlangsung dengan lancar yang dihadiri oleh YB Tuan Mohamad Hanifah bin Abu Baker.
Buat semua yang hadir, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Kehadiran anda bukan sekadar memeriahkan majlis, malah menjadi satu penghargaan yang sangat besar buat seluruh pasukan GSH Catering.
Terima kasih atas setiap ucapan tahniah, doa, sokongan dan maklum balas yang diberikan. Semua itu menjadi pembakar semangat untuk kami terus berkembang dan memberikan hidangan serta servis yang lebih baik.
Tempahan catering dibukaa‼️
GSH Catering Services
“Citarasa Hotel, Hidangan Mewah untuk Majlis Anda.”