19/04/2017
Nasi lemak antara sarapan terbaik.
Apa kata korangg?
HIDUP HANYA SEKALI, JADI BUAT APA IKAT PERUT SELAMANYA?
=============================================
penafian:
sihat atau tidak makanan itu bergantung
1) jumlah kalori harian anda (jika nak dapatkan 6 packs, maka pilih untuk ambil kalori paling minima)
http://www.bmi-calculator.net/bmr-calculator/bmr-formula.php
( kiraan diatas terus kepada kalori minima...)
kalau sihat macammana pun makanan, makan berlebihan maksud kata lebih kalori , lemak terkumpul..sama je..lebih baik enjoy hidangan apa sahaja tapi dengan tahu ilmu kiraan kalori, supaya x lebih kalori..setuju? kalori atau kcal itu merujuk pada jumlah tenaga
2) nasi lemak dalam gambar hanya sebesar kurang dari sebuah penumbuk dan sudah dibungkus, adalah berbeza jika anda ambil nasi lemak dalam pinggan, maka akan jadi berganda kiraanya
==============================================
1) Bilis / anchovies
penuh protein mampu baiki tisu badan yang rosak..sesuai untuk semua terutamanya abam hakak sado bina badan
vitamins E dan mineral macam selenium adalah bertindak dalam penjagaan kulit..flawless u olls dan mencegah dari sunburn yang akan menyebabkan kanser kulit
omega 3 bertindak dalam merendahkan LDL atau kolestrol jahat (kerja LDL ni jahat sebab akan keraskan salur darah dan menyebabkan tersumbat )..jadi sudah tentu omega lawan balik LDL ni dan baik untuk jantung..
calcium dan vitamin A (bina tulang kuat dan hindari dari tulang reput /osteoporosis) termasuk gigi..baru cun nak senyum ketika umur 60 nanti..
nanti makanan yang baik makan sebaldi, tetap mendatangkan mudarat
2) Telur Rebus VS Telur Goreng
protein paling baik pernah wujud dalam muka bumi ini! paling dicintai oleh ummat ahli bina badan.
Paling senang diserap kedalam badan, berlambak vitamin berlambak mineral dan bahan asas dalam semua masakan, nak buat kek la, nak sedikan kue teow kung fu la..eh
Disana terdapat perbezaan kalori antara rebus dan goreng, kerana goreng mengunakan minyak ada sedikit (100kcal) pertambahan kalori berbanding rebus (60 kcal sebiji)
sebiji telur sederhana
kcal: 60kcal
protein: 6-7 g
lemak: 5g
buang je telur kuning, maka kalori tinggal dalam 20 sahaja
3) Nasi lemak
Nasi sendiri ada makanan ruji bumi malaysia dan korea. jadi amatlah tidak kena jika anda x makan nasi tapi makan roti (yang jua sumber karbohidrat) lepas tu keluar rumah, bangga cakap
''see..ana berjaya kurangkan 20kg berat badan dalam masa 2 hari''
yang ini pun satu penyakit dalam masyarakat..suka berbangga dengan pencapaian yang singkat..dia x tahu agaknya, yang dia buang berat badan banyak2 tu adalah otot sebenarnya,.lepas tu kulit mengelebeh..menangis tepi bucu...
segenggam nasi membekalkan
200-250 kcal
51 g karbohidrat
2 g protein
kalau sudah dilemakkan nasi itu
hanya tambah lagi 50kcal sahaja
moga bermanfaat dan sebar luaskanlah maklumat ini
rujukan
https://www.organicfacts.net/…/health-benefits-of-anchovies…
http://www.medicalnewstoday.com/articles/283659.php