12/09/2026
Pernah terfikir apa yang ayam Bismi makan sebelum sampai ke meja makan kita?
Jawapannya bermula dari Amaize, dedak ayam yang dihasilkan sendiri oleh Ayam Bismi sebagai sebahagian daripada program pemakanan terpilih di ladang.
Pemakanan ayam bukan sekadar untuk memastikan ayam membesar. Ia perlu dirancang dengan nutrisi yang sesuai bagi menyokong kesihatan, tumbesaran dan daya tahan ayam.
Dalam program pemakanan Ayam Bismi, Amaize menggunakan pendekatan nutrisi yang melibatkan beberapa komponen terpilih seperti phytogenic, antioksidan semula jadi, Vitamin E, selenium organik, natural betaine, mineral organik dan teknologi enzim.
Antara bahan berasaskan tumbuhan yang digunakan termasuk tannin, ekstrak anggur dan anthocyanins. Antioksidan semula jadi daripada ekstrak anggur p**a membantu menyokong perlindungan sel dan kesihatan ayam.
Vitamin E dan selenium organik menyokong sistem pertahanan semula jadi ayam, manakala natural betaine dan mineral organik membantu keseimbangan serta penggunaan nutrien.
Teknologi enzim seperti phytase dan xylanase p**a membantu penggunaan nutrien dalam makanan dengan lebih efisien.
Selain nutrisi, kawalan kualiti makanan turut diberi perhatian melalui pengurusan mikotoksin.
Sebab itu kami percaya, kualiti ayam bermula dari ladang.
Daripada makanan yang diberikan, cara ayam diternak hinggalah proses pemprosesan, semuanya memainkan peranan dalam menghasilkan ayam yang berkualiti.
Amaize, sebahagian daripada perjalanan Ayam Bismi, dari ladang hingga ke meja makan.
Ayam Sihat, Keluarga Sihat Dari Ladang Kami Sejak 1988.