28/07/2026
Apa lagi Allah belum bagi?
Bila tengok balik perjalanan tahun ini, rasa macam Allah terlalu banyak beri rezeki..
Alhamdulillah, satu lagi langkah buat Barchot's Satay
Logo pertama yang ada gambar kipas sate ini akhirnya berjaya didaftarkan sebagai cap dagangan melalui DANA IP 2.0..
Mungkin ada yang tengok logo ini biasa-biasa saja..Tak moden, tak gah..
Tapi bagi aku, logo ini sangat bermakna..
Dulu aku pernah terfikir nak letakkan lukisan arwah ayah sedang membakar sate sebagai logo.. Tapi bila fikir semula, setiap bungkusan produk akhirnya akan dibuang selepas digunakan..
Jadi aku pilih simbol kipas sate sebagai lambang perjuangan arwah ayah, dan nama Barchot's kerana arwah ayah pencetus segalanya..
Ramai juga yang tanya, kenapa Barchot's Satay, bukan Sate Barchot?
Ada kisah di sebaliknya.
Arwah nenek aku bekerja di Singapura. Arwah ayah dilahirkan di sana sebelum nenek pulang ke Pekan Nenas.. Bila kami anak beranak bergurau, arwah ayah selalu cakap sambil buat slanga mat saleh,
"Saya orang Singapore tau... nama saya Barchot." 🤣
Daripada gurauan itulah lahirnya nama Barchot's Satay.. slanga mat saleh gituh..
Hari ini, nama yang suatu ketika dahulu hanya satu gurauan keluarga, kini sudah menjadi cap dagangan berdaftar..
Semoga jenama ini terus membawa legasi arwah ayah dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang..
Alhamdulillah 🤲 Terima kasih Allah atas setiap nikmati rezeki yang kau beri..