01/10/2024
Mari gigih makan kimchi tiap hariπ
πππ€ππ§ππ§ ππ’π§π π π’ ππ«π¨ππ’π¨ππ’π€
Makanan seperti tempoyak, yogurt, tapai ubi, kimchi dan tempe merupakan sumber makanan yang kaya dengan probiotik.
Probiotik adalah mikroorganisma hidup, termasuk bakteria baik, yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh.
Ia membantu usus anda untuk menghadam makanan dan membantu mengelakkan anda daripada masalah sembelit, mudah rasa lapar, gastrik, perut kembung berangin dan cirit birit.
Selain daripada menyokong sistem fungsi pencernaan, probiotik juga terbukti berkesan dalam membantu penurunan berat badan.
Kajian menunjukkan bahawa probiotik dapat merangsang pelepasan hormon yang meningkatkan pembakaran kalori dan lemak.
Di samping itu, probiotik juga boleh meningkatkan tahap protein angiopoietin 4 (ANGPTL4), yang berfungsi untuk mengurangkan penyimpanan lemak dalam tubuh.
Sebagai hasilnya, pengambilan probiotik secara berterusan dapat membantu menurunkan berat badan, mengurangkan lemak di sekitar organ, menurunkan indeks j***m badan (BMI), serta mengurangkan ukuran pinggang dan lilitan pinggul.
Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa probiotik boleh mengurangkan lemak perut sehingga 8.5%.
Namun begitu, untuk mencapai hasil yang berkesan, pengambilan makanan tinggi probiotik perlu konsisten. Sekiranya pengambilan probiotik dihentikan, lemak yang hilang boleh kembali dalam tempoh sebulan.
Oleh itu, bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau berhasrat untuk menurunkan berat badan, adalah disarankan untuk memasukkan makanan tinggi probiotik sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan harian.