23/04/2026
Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) di Pekan Air Panas, Labis telah dilaksanakan oleh Pejabat RISDA Stesen Labis dengan jayanya bersama dengan penduduk kampung sekitar Pekan Air Panas.
Di dalam program ini , En. Azmi bin Miran serta En. Zulfikar dari Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) berkempen mengenai Program Getah Bergerak (PGB). PGB ini adalah satu inisiatif dan usaha anak syarikat RISDA iaitu RPSB sendiri masuk ke kebun -kebun pengusaha getah untuk membeli getah mereka.
Selain itu , Kempen Tanam Semula terus dipergiatkan lagi oleh Pegawai RISDA Daerah Segamat, En. Md Zaidi bin Husain kepada komuniti pekebun kecil getah. Pihak RISDA juga telah menaikkan bantuan Tanam Semula sebanyak RM 20 ribu/hektar bermula tahun ini.
Dalam ucapannya, Pegawai RISDA Daerah Segamat juga menekankan Amalan Pertanian Baik (GAP) kepada kebun getah matang/muda oleh pengusaha supaya kebun getah boleh mencapai tahap penghasilan hasil skrap/lateks yang maksimum dengan kualiti yang terbaik bagi mendapatkan harga getah yang bermaruah.