DAPUR NISSA

DAPUR NISSA Resepi tradisi.Enak dimakan...� home made

"Selamat Menunaikan Iramadhan ke-3! Semoga puasa kita diterima dan doa kita dikabulkan. Terima kasih kerana memilih Dapu...
21/02/2026

"Selamat Menunaikan Iramadhan ke-3! Semoga puasa kita diterima dan doa kita dikabulkan. Terima kasih kerana memilih Dapur Nissa 😊"

24/11/2025
Tips memilih buah tembikai.
15/12/2024

Tips memilih buah tembikai.

PESANAN BOMBA. Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, Malah kada...
25/09/2024

PESANAN BOMBA.

Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, Malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.

Semalam memang dia sembur dikawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar.

Memang berkesan.. terutama musim hujan sebab sejuk, dia s**a masuk celah2 bahagian rumah. Beli je byk2 buat stok kat rumah. Sembur tempat2 tertentu. Langkah berjaga-jaga

Kerdit info semasa.

Kadar asas kompaun pdrm. Pakat beringat sobat
20/08/2024

Kadar asas kompaun pdrm. Pakat beringat sobat

Nasi Belauk Gulai Ayam.Tak berapa reti nk tulis resipi.. Ambe bg bahan2 jelah.. Kuantiti pun tak leh nak gitau bukn sbb ...
17/08/2024

Nasi Belauk Gulai Ayam.

Tak berapa reti nk tulis resipi.. Ambe bg bahan2 jelah.. Kuantiti pun tak leh nak gitau bukn sbb kedekut tapi sbb xpernah s**at..
Done Nasi Belauk Gulai Ayam.......
'Buh kuoh selalu, Nasi V Bekok'...

Resipi Sambal Sangat Simple :
-Lada Burung, Cuka, Gula, Garam Saje..
Blend je semua ni tanpa air. Then siap..
Ketahanan, berbulan..

Resipi Gulai Ayam :
1) Panas minyak masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang
2) Lepastu masukkan bawang merah,bawang putih,kunyit,buah keras,lengkuas,halia (semua ni blend lumat2). Tumis 5-6minit ataupun sampai pecah minyak.
3) Lepastu, masukkan lada kering (yg ni pun blend lumat). Tumis jugak sekejap 5-6minit atau pun sampai pecah minyak.
4) Lepastu masukkan rempah gulai (yg ni cmpur air jadikan paste dulu, baru xcepat hangit). Rempah ni guna lah yang tuan/puan selalu duk guna. Babas ke Alagapas ke Faiza ke Adabi ke Cap O ke. Tapi mostly kami org kelantan selalunya guna rempah timbang. Kalau terengganu popular dengan cap bunga ros. Ni pun tumis sekejap 5-6minit ataupun sampai pecah minyak.
*Step 1-4 tu ore kelate panggil mati awah(bagi rempah masak)*
5) Masukkan ayam/daging gaul2 dengan rempah tumis diatas tadi. Pastu masukkan santan,gula melaka,garam,asam keping, perasa(yg ni mungkin sensitif, ada org boleh pengsan kalau mkn makanan ada aji ni, haha) ikut lh tuan/puan nk guna brand ap... Saya secara personally mmg cuma guna knorr pasti sedap.
6) Kalau lpas masukkan santan tngok mcm pekat sangat msukkan ckit je air, sbb nanti reneh air ayam/daging akan kluar.. Reneh dalam 30minit atau lbh ikut kuantiti masakan tuan/puan lah.. Kalau dah tengok pecah minyak elok tu then jadi lh tu..
Ayam tu eloknya potong kecil.. potong 24@30..

Sumber : Farith Ismail

Resipi Shellout Paling Mudah Guna Bahan Simple Je. Sedap Hingga Menjilat Jari!BAHAN-BAHAN1 kg ketam1/2 kg sotong1/2 kg u...
18/07/2024

Resipi Shellout Paling Mudah Guna Bahan Simple Je. Sedap Hingga Menjilat Jari!

BAHAN-BAHAN
1 kg ketam
1/2 kg sotong
1/2 kg udang
1 biji jagung manis **potong dan rebus
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
halia besar ibu jari
5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis pedas.
4 batang serai *diketuk
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
Carrot, brokoli, bunga kubis agak2-agak je
1 kiub ayam
sedikit hirisan lemon *hiasan*
Resepi shellout

CARA-CARA
1. POTONG & CELUR
Mula-mula kita potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali.

Kemudian celur dengan air panas.

Masa celur ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit utk masukkan dalam sos/kuah nanti.

2. KISAR BAWANG
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.

Ketepikan.

3. TUMIS
Kemudian masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar.

Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

4. MASUKKAN SERBUK KARI
Masukkan bancuhan serbuk kari,lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi.

5. TAMBAH SOS TIRAM & SOS CILI
kemudian masukkan sos tiram, sos cili.

6. MASUKKAN AIR REBUSAN, ASAM JAWA & PERASAKAN
Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa.

Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.

7. GAULKAN SEAFOOD
Masukkan seafood. Balik2 kan sampai sebati…

SIAPPP!!!

Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri.

Jika nak mudah pes yg dah siap >👇
https://s.shopee.com.my/5AYCNvMjIL

Semoga bermanfaat kepada semua dan
selamat mencuba.

*Resepi shellout simple ini dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood

Air mineral semulajadi jenama Ramly 350 ml : RM 0.50500 ml : RM 0.801.5   L : RM 1.00Rasanya air mineral paling murah di...
01/07/2024

Air mineral semulajadi jenama Ramly

350 ml : RM 0.50
500 ml : RM 0.80
1.5 L : RM 1.00

Rasanya air mineral paling murah di pasaran

Next menu Dapur Nissa Sri Arked Genuang Segamat 🤫
15/06/2024

Next menu Dapur Nissa Sri Arked Genuang Segamat 🤫

Address

Dapur Nissa Parking Lot Bowling Sri Arked Genuang
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
17:00 - 22:30
Tuesday 07:00 - 13:00
17:00 - 22:30
Wednesday 07:00 - 13:00
17:00 - 22:30
Thursday 07:00 - 14:00
Saturday 07:00 - 13:00
17:00 - 22:30
Sunday 07:00 - 13:00
17:00 - 22:30

Telephone

+60137111124

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAPUR NISSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to DAPUR NISSA:

Share