23/08/2026
Assalammualaikum. Saya menubuhkan perniagaan makanan ini sejak awal tahun 2017 dengan nama pertama iaitu A&N Love Together. Pada tahun 2019 saya telah menukar nama perniagaan makanan saya kepada A&N Love Cuisines dan sehingga kini nama ini tetap kekal dan setia bersama.
Menceburkan diri dalam bidang makanan dan minuman bukanlah sekadar hobi tetapi ia lebih kepada minat dan juga peluang untuk mencabar diri serta menjadikan ia sebagai punca pendapatan utama dalam bidang f&b ini.
Menu pertama yang dikeluarkan oleh A&N Love Cuisines pada awalnya adalah makanan Arab dimana semua menu dimasak sendiri oleh Tukang Masak daripada Khan Yunis, Gaza. Antara menu utama A&N ketika itu adalah menu Shawarma Gaza dan juga nasi arab mandi, maghlubah, dan kabsah versi ayam mahupun kambing.
Alhamdulillah perjalanan membina empayar perniagaan makanan ini bukan mudah seperti yang dilihat. Jatuh bangun itu hal biasa untuk para pejuang f&b. A&N bukan sekadar berniaga secara online tetapi membuka tapak perniagaan sekitar JB dan juga menerima tempahan katering untuk pelbagai majlis dan juga madrasah2 sekitar Jb.
Tidak lupa juga A&N pernah beberapa kali dijemput untuk menambah ceria lagi majlis2 kahwin dengan melayani tetamu majlis tersebut dengan memasak shawarma Gaza secara Live untuk 500 - 1000 orang tetamu. A&N juga pernah masak shawarma Gaza untuk 1000 orang di sekolah-sekolah.
Manakala untuk tempahan katering nasi mandi ayam dan kambing, A&N pernah menerima tempahan untuk seramai 500 pelajar madrasah di Pasir Gudang, Johor.
Pada tahun 2019, secara terpaksa saya berpindah ke Segamat, Johor berbekalkan barang perniagaan yang ada saya memulakan perniagaan f&b di Segamat dengan menjual shawarma Gaza serta makanan melayu secara atas talian dan menerima tempahan katering.
Pada tahun 2022 saya menerima jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia di Segamat untuk sebuah restoran dan menguruskan semua berkaitan f&b dan pekerja syarikat tersebut selama 3 tahun.
Ketika saya bekerja di Restoran ini saya bertanggungjawab untuk mendapatkan Event2 untuk katering dan juga saya menggunakan ilham2 dari Allah dan kreativiti saya untuk membuat dekorasi2 majlis daripada majlis kecil-kecilan sehingga ke majlis besar.
Semuanya saya lakukan kerana saya s**a dan minat meskipun tiada pengalaman sebelumnya.
Tempoh saya di Segamat tidak juga lama, setelah melepaskan jawatan sebagai Pengurus HR, saya mula berniaga sendiri produk Western secara atas talian dan akhirnya saya merantau p**a ke Selangor dengan menjadi seorang Manager Restoran Cina Muslim dan menguruskan A-Z empat buah restoran disana.
Pengalaman saya menguruskan keempat2 restoran di sana iaitu di Cybersouth, Kajang, Publika & Sunway amat mencabar juga kerana saya perlu berkomunikasi dengan mereka dan staf2 dalam bahasa english dan tidak semua staff faham dengan baik.
Pengalaman saya dengan membantu perniagaan Cina Muslim ini daripada membina nama cawangan baru, membina logo cawangan baru, menguruskan lesen, ubahsuai restoran serta menjalankan aktiviti pemasaran, semuanya adalah pengalaman yang menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya.
Setelah saya selesai bertugas sebagai Pengurus Syarikat Restoran Cina Muslim ini, saya telah mempunyai sebuah perniagaan baru disana dengan membuka tapak jualan minuman pelbagai jenis daripada resepi saya sendiri.
Saya telah menjual produk saya seperti air Cheese, air Cheese Bakar, air Mojito, air Sticky Milk dan juga dari sini saya menjadi agen kepada Syarikat Saudagar Asia Sdn Bhd dengan menjual produk laris Choco Albab dan juga kopinya. Alhamdulillah produk2 minuman saya sudah ada pelanggan tetap.
Namun, pada tahun 2026 saya telah kembali semula ke Segamat dan meneruskan perniagaan F&B saya disini.
Berbekalkan sifat s**a berniaga dengan air tangan sendiri, maka saya ingin mencuba lagi dan belajar.
Saya telah mulakan semula perniagaan A&N LOVE CUISINES dengan membuat resepi puding serta menjual kuih muih tradisional mahupun moden sekitar Segamat.
In shaa Allah saya mengambil tempahan untuk majlis kecil-kecilan mahupun majlis yang besar dan juga katering. Saya juga mengambil tempahan untuk dekorasi-dekorasi majlis pada harga mampu milik.
Saya bukanlah seorang yang dikatakan PRO dalam semuanya, saya melakukan dengan penuh minat dan tahap ilmu saya. Jadi harga2 yang saya berikan kepada semua pelanggan kesayangan saya bukanlah harga yang membebankan mereka kerana saya masih belajar dan terus belajar memberikan hasil yang termampu.
Terima kasih kepada Allah di atas setiap perjalanan yang diberikan dan pengalaman hidup yang penuh dengan cabaran. Saya sentiasa berdoa agar segalanya menjadi berkah dan menjadikan kita semakin dekat denganNya.
Andai suatu masa nanti saya dah pergi menghadap Illahi, semoga Allah menerima setiap niat dan amalan kita di dunia ini dan anda semua dapat mendoakan saya dan sedekah Al-Fatihah kepada saya insan yang penuh dengan kekurangan.
Yang Ikhlas Berbicara,
Aira Nazra
A&N Love Cuisines
23 Ogos 2026
10.38pm