BUBUR AYAM CAREK

BUBUR AYAM CAREK Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Selamat Datang ke BUBUR AYAM CAREK!

Alhamdulillah.. 146 pax Infaq Jumaat Mee Goreng Basah🍝 harini diagihkan di Masjid Al-Qudus, Jalan Mentol, Masjid Gemereh...
26/12/2025

Alhamdulillah.. 146 pax Infaq Jumaat Mee Goreng Basah🍝 harini diagihkan di Masjid Al-Qudus, Jalan Mentol, Masjid Gemereh, & Masjid Makam Lubok Batu, Segamat, Johor.

Terima kasih kepada 10 orang penginfaq kita hari ini dari Segamat, KL, JB, Penang & Singapura.🤲🥹

Alhamdulillah.. 127pax Infaq Mee Goreng Basah 🍝 semalam telah diagihkan kepada rider Grabfood, tukang kebun & cleaner Po...
24/12/2025

Alhamdulillah.. 127pax Infaq Mee Goreng Basah 🍝 semalam telah diagihkan kepada rider Grabfood, tukang kebun & cleaner Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), pak guard & mak guard (PSMZA), pak guard & mak guard Kolej Voksional Dungun, pak guard SM Imtiaz Yayasan Dungun, pak guard SMK Sains, Dungun, pekerja rohingya carwash, pekerja2 pam minyak di sekitar Dungun.

Yg pekerja pam minyak tu dapat je makanan terus sorak, "Jommm jomm ada makanan sampaiii..!!" 🥹 Terima kasih banyak semua yg kongsi rezeki & menggembirakan mereka.. Semoga Allah berkati kalian dunia akhirat. Aamiin.❤️

Alhamdulillah.. 141 pax Mee Goreng Basah🍝 Infaq Jumaat semalam telah diagihkan kepada student UiTM Dungun, pak guard & m...
20/12/2025

Alhamdulillah.. 141 pax Mee Goreng Basah🍝 Infaq Jumaat semalam telah diagihkan kepada student UiTM Dungun, pak guard & mak guard UITM Dungun, brother Grabfood, & jemaah solat Jumaat di Masjid Lama Kampung Sura (Hj. Mahmud), Dungun, Terengganu.

Jutaan terima kasih kepada 13 orang penginfaq kita yg join semalam. Korang memang terbaikkk!❤

Alhamdulillah.. 60pax Mee Goreng Basah & 60pax Mini Roti Khurasan utk Kongsi Rezeki Jumaat harini diagihkan buat jemaah ...
05/12/2025

Alhamdulillah.. 60pax Mee Goreng Basah & 60pax Mini Roti Khurasan utk Kongsi Rezeki Jumaat harini diagihkan buat jemaah solat jumaat di Masjid Kampung Nyior, Paka & Masjid Jamek Paka, Terengganu. Mereka ucapkan berbanyak terima kasih kepada 7 orang penginfaq kita hari ini. Semoga segala amalan diterima & diberkati Allah.. 🤲

Alhamdulillah 63pax Kongsi Rezeki Bubur Ayam Carek (Infaq Tengkujuh) telah diagihkan kepada tukang kebun, cleaner di Pol...
26/11/2025

Alhamdulillah 63pax Kongsi Rezeki Bubur Ayam Carek (Infaq Tengkujuh) telah diagihkan kepada tukang kebun, cleaner di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, pak guard UiTM Dungun & anggota JPAM yg standby bertugas banjir di Dungun, Terengganu. Mereka ucapkan berbanyak terima kasih & mendoakan semoga dimurahkan rezeki kepada 3 penginfaq kita harini. ☔❤️

Alhamdulillah 190pax Bubur Ayam Carek! 🐓 & 137pax Mee Goreng Basah🍝 Kongsi Rezeki Jumaat telah diagihkan sepanjang Oktob...
05/11/2025

Alhamdulillah 190pax Bubur Ayam Carek! 🐓 & 137pax Mee Goreng Basah🍝 Kongsi Rezeki Jumaat telah diagihkan sepanjang Oktober pada 10hb, 24hb & 31 Oktober lalu. Agihan kepada akak penjaja lokcing & cendol serta jemaah solat Jumaat di Masjid Sura, Masjid Al-Muhajirin, Batu 7, & Masjid Lama Kg. Sura di mana terdapat ramai student2 SMK Sains Dungun, anak2 kecil penduduk setempat menunaikan solat. Tak sempat susun abis makanan, budak2 dah serbu. Tak sampai 5min letak, diorang terus ambik mkn. 🥹

Ada yg kata, nanti datang lagi ye abg & akak bawak makanan..🥹 Diorg ucapkan berbanyak terima kasih kongsi rezeki setiap jumaat & mendoakan kalian. Semoga dilimpahkan rezeki2 yg berkat kepada 10 penginfaq kita bulan lalu. 🤲❤️

Alhamdulillah 117pax Kongsi Rezeki Jumaat sempena Maulidur Rasul Bubur Ayam Carek!🐓 harini diagihkan kepada jemaah solat...
05/09/2025

Alhamdulillah 117pax Kongsi Rezeki Jumaat sempena Maulidur Rasul Bubur Ayam Carek!🐓 harini diagihkan kepada jemaah solat Jumaat Masjid Lama Kg. Sura, Dungun.

10% dari jumlah infaq setiap 10 penginfaq kita harini disalurkan kpd Misi Sumud Flotilla ke G4z4.⛵

Terima kasih semua untuk hari yg bermakna hari ini.🇲🇾❤️🇵🇸

Alhamdulillah 108pax Kongsi Rezeki Bubur Ayam Carek! 🐓& 23pax Mini Roti Khurasan🫔 telah diagihkan kepada pak guard (tiad...
15/08/2025

Alhamdulillah 108pax Kongsi Rezeki Bubur Ayam Carek! 🐓& 23pax Mini Roti Khurasan🫔 telah diagihkan kepada pak guard (tiada dlm gambar) & jemaah solat jumaat di Masjid Lama Sura (Hj. Mahmud), Dungun tengah hari tadi. Siap je susun terus kena serbu.🥹 Terima kasih banyak kepada 8 penginfaq kita hari ini. Semoga niat infaq harini mendapat keberkatan dariNya. Aminnn..🤲❤️

Alhamdulillah 50pax Mini Roti Khurasan & 80pax Bubur Ayam Carek! 🐓 Kongsi Rezeki Jumaat harini telah diagihkan buat jema...
01/08/2025

Alhamdulillah 50pax Mini Roti Khurasan & 80pax Bubur Ayam Carek! 🐓 Kongsi Rezeki Jumaat harini telah diagihkan buat jemaah solat jumaat Masjid Muhajirin Batu 7 & Masjid Sura, Dungun, sebelum solat tadi. Mereka ucapkan berbanyak terima kasih & mendoakan 7 penginfaq harini dimurahkan rezeki2 yg berkat. Semoga infaq kalian diterima & dlm barakahNya. Aminnn.🤲 Terima kasih semua.😊

Alhamdulillah 40pax Kongsi Rezeki Jumaat (18 Julai) Bubur Ayam Carek telah diagihkan kepada penjual tisu jalanan, pekerj...
21/07/2025

Alhamdulillah 40pax Kongsi Rezeki Jumaat (18 Julai) Bubur Ayam Carek telah diagihkan kepada penjual tisu jalanan, pekerja OKU pam minyak (tiada gambar) & jemaah solat jumaat yg terdiri drpd pelajar2 Sekolah Menengah (Agama) Imtiaz Dungun (sekolah aliran agama). Belum kereta gerak, penjual tisu da habis makan buburnya.🥹 Pelajar2 Imtiaz mengucapkan terima kasih & mendoakn dimurahkan rezeki kpd 7 penginfaq kita minggu ini. Terima kasih semua. ♥️

Alhamdulillah 243pax Kongsi Rezeki Malam Jumaat & Hari Arafah (2 hari agihan) Bubur Ayam Carek! 🐓 pada 5 & 6 June lalu t...
30/06/2025

Alhamdulillah 243pax Kongsi Rezeki Malam Jumaat & Hari Arafah (2 hari agihan) Bubur Ayam Carek! 🐓 pada 5 & 6 June lalu telah diagihkan di masjid-masjid sekitar Dungun & warga Rohingya yang jarang mendapat sedekah makan di sini. Terima kasih kepada lebih 10 penginfaq kita yang sudi berkongsi rezeki kepada mereka semua. Semoga mendapat keberkatan & segala amalan di terimaNya. Aminnn.. 🤲❤️

Late post: Distribution on 18 April (minggu lepas)Alhamdulillah 30pax Kongsi Rezeki Jumaat Bubur Ayam Carek🐓 telah diagi...
24/04/2025

Late post: Distribution on 18 April (minggu lepas)

Alhamdulillah 30pax Kongsi Rezeki Jumaat Bubur Ayam Carek🐓 telah diagihkan buat jemaah solat jumaat di Masjid Sura, Dungun. Terima kasih banyak kepada 1 penginfaq kita berkongsi rezeki dgn mereka & kepada 20 extra kita agihkan on behalf of rakan2 kita yg lain. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga dunia akhirat. Aminnn.. 🤲♥️

Address

Segamat
85000

Telephone

+60149311863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BUBUR AYAM CAREK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category