18/05/2020
[Bila Hati Di Kecewakan]
Dulu masa aku kecil-kecil, ada seorang nenek ini jual kuih bakar. Aku panggil kuih ini kuih bumbai. Aku masih ingat nenek tu bakar kuih ini guna sabut. Tradisional betul. Sejak nenek tu meninggal, aku tak dapat lagi rasa yang ori macam itu lagi.
Setiap kali aku pergi kedai, aku asyik jumpa yang jenis kering. Harga dia tak silap aku dalam RM3.00 sebiji. Tapi bukan itu yang aku nak.
Satu hari, aku ternampak ada orang jual kuih ini. Cara dia bakar sama macam nenek tu. Terus kembali nostalgia. Akhirnya penantian aku yang bertahun lamanya akan berakhir. Dengan excitednya, aku terus beli tanpa fikir soal harga.
Alangkah sedihnya, saat mulut aku terima untuk gigitan pertama, tekak aku terus menolak. Aku tak boleh telan kuih itu. Kadang-kadang ada sesetengah kuih walaupun rasanya tak βkickβ tapi masih boleh telan. Tapi yang itu , hanya tuhan sahaja yang tahu kecewanya.
Sejak dari peristiwa itu, aku minta emak aku mencari resepi tradisi ini,bertanyakan sesiapa dan berguru dengan yang pakar.
Akhirnya emak aku dapat buatkan aku rasa yang hampir sama. Walaupun bukan 100% dapat rasa macam yang nenek itu buat, sekurangnya dapat hilangkan rasa teringin yang lama terpendam tu. Emak aku tak bakar guna sabut, tapi guna oven sahaja. Jenuh nak bakar guna sabut.haha.
Kalau aku makan, satu keping tu aku je yang punya. Alangkah nikmatnya.
Jadi untuk hari raya kali ini, aku minta emak aku open order. Sekurangnya aku dapat bantu sesiapa yang ada masalah teringin macam aku juga.
Jadi kami dah start ambil order untuk hari raya tahun ini. Hari Sabtu kami akan mula agihkan, jadi boleh buat juadah ketika raya nanti.
Untuk yang berminat boleh whatsapp di no http://www.wasap.my/60136510298.
Terima kasih sudi membaca cerita aku ini. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya semua.