05/05/2021
KETUPAT DAUN PALAS SEBAGAIMANA YANG SAYA TAHU.
Tradisi kita, bagi masyarakat Kelantan, khususnya pada era yang saya masih ingat iaitu 1960an hingga 1980an, KETUPAT PULUT DAUN PALAS adalah sangat sinonim dgn hari raya dan menjadi kuih atau hidangan menu induk setiap hari raya. Utamanya ketupat untuk hari raya di Kelantan, sehingga ada panggilan khas bagi satu hari sebelum hari raya, iaitu 'hari buat ketupat'. Tidak ada ketupat pada hari raya di era2 itu, terasa macam tidak berhari raya. Setiap rumah ada menyediakan ketupat palas masing-masing yang di'buat' oleh ahli keluarga mereka, selalunya yang tua dan mahir 'membuat'nya.
Ketupat daun palas atau juga dipanggil 'ttupat tiga bucu' boleh dimakan begitu saja. Tetapi agak istimewa bagi masyarakat kampung, jika dimakan dengan 'cocoh nnisey cair' (manisan Kelantan yang dipanaskan menjadi cair). Dan pada era2 yang lewat atau bagi masyarakat bandar spt orang Kota Bharu, mereka memakan ketupat palas dengan serunding atau sambal daging dan lain2. . Illirrr.
Ketupat dibuat dalam dua rasa iaitu dipanggil ketupat lemak dan ketupat manis. Variasi yang lain, terkini, serta bagi masyarakat bandar, ialah ada ketupat dimasukkan inti spt kacang dan sebagainya. Dalam tulisan saya ini, saya hanya menjurus kepada ketupat lemak sahaja.
Proses membuat ketupat daun palas Kelantan agak rumit dan mengambil masa serta menggunakan tenaga, kemahiran dan ketelitian. Ianya bermula dengan mencari daun palas (pucuk sebenarnya, tetapi dipanggil daun) di hutan2 sekitar, atau membelinya dari mereka yang kerjanya mencari daun tersebut. Dua atau tiga hari sebelum membuat ketupat, helain daun2 palas dibuka dan dibuat bentuk ketupat secara seadanya, supaya nanti apabila tiba hari membuat ketupat, ianya lebih senang kerana daun2 tersebut sudah 'menurut'.
Mulanya, beras pulut yang terpilih, dikukus. Selepas itu nasi pulut yang dikukus tadi, diadunkan dengan santan pekat dan secukup rasa garam. Proses ini dipanggil AXONG. Proses mengAXONG ini sangat istimewa dan tidak ada pada cara membuat ketupat palas di negeri2 lain. Nasi pulut diAXONG sehingga benar2 sebati, sehingga biji2 nasi pulut pecah sebati dan hampir tidak kelihatan bentuknya lagi serta santan pekat mentah tadi hampir bertukar menjadi minyak (berminyak atau naik minyak). Mengikut ibu (mek) saya, untuk mengaxong sekilo pulut selalunya mengambil masa tidak kurang dari 40 minit. Pulut yang siap diaxong mesti benar2 sebati dan lek'it
Pulut yang siap diaxong tadi, dimasukkan satu persatu ke dalam setiap helain daun palas yang telah di'buka' sblumnya; dan diputar-balut dengan kemas dan rapi. Proses ini dipanggil 'bungkus ketupat'. Cara bungkus ketupat ini agak berbeza dari setiap daerah, namun ianya dilihat sama saja bagi orang biasa atau yang tidak mahir. Apa pun ianya tetap sama iaitu menjadi 'ketupat tiga bucu' atau membentuk ketulan berpenjuru tiga belaka.
Ketupat2 yang siap dibungkus tadi diikat berangkai dalam lebih kurang 5 -7 biji serangkai. Kemudian ianya direbus. Selepas sekurang2nya sekali air mendidih dalam periuk rebusan, maka masak dan sedia diangkatlah ketupat2 tersebut. Diangkat, digantung atau disejukkan dalam nyiru atau terus dihidangkan.
Ada dua perkara yang menjadi ukuran kualiti bagi setiap ketupat daun palas Kelantan, yang juga berbeza dengan ketupat palas di negeri2 lain. Pertama, kemahiran mengaxong dan kekentalannya; dan kedua ialah kekemasan, kesempurnaan dan kemahiran seni bungkusannya. Ketupat mesti di bungkus dengan sempurna, kemas, cantik dan berseni.
Saya percaya anak muda kini sudah jarang yang pandai membuat ketupat. Ini adalah kerana ianya sangat rumit. Ditambah lagi rang muda masa kini tidak lagi s**a makan ketupat. Mereka lebih gemar membuat menu moden utk hari raya seperti kuih-kuih raya yang beribu jenis adanya.
Saya agak menyesal dan sedih kerana tidak belajar buat ketupat dengan mek saya semasa dia masih ada dulu. Kini di mana lagi saya nak menumpang manja memakan ketupat di pagi hari raya dan selepas balik dari solat hari raya?
-----------
---------
Cuma nak bagitahu Dapur Kak Ni dah tutup tempahan ketupat ๐๐
Lepas raya kita buat lagi ye๐๐
Order satay masih dibuka, mehh sape lagi nak order satay sebelum kak ning tutup kemas keming odarr๐๐
Buleh wassap
http://www.wasap.my/+60175600745/nakOrdersatayraya