14/10/2026
Pada 12 Oktober 2026, Anooh Coffee berbesar hati menjadi lokasi rasmi serta Rakan Strategik Komuniti ADTEC Sandakan bagi menjayakan Program Outreach dan Promosi TVET Bersama Komuniti di bawah penjenamaan JTM SERASI. βπ€
Program ini dilangsungkan dalam suasana yang santai dan selesa di premis kami. Pihak ADTEC Sandakan telah mengadakan sesi ramah mesra, mengedarkan risalah kursus kemahiran, serta membuka sudut info ringkas untuk pendedahan laluan kerjaya teknikal kepada pengunjung dan masyarakat setempat.
Sebagai simbolik jalinan kerjasama dan tanda apresiasi, pihak delegasi ADTEC Sandakan turut menyempurnakan penyerahan cenderamata istimewa hasil cetakan 3D khas kepada pihak pengurusan Anooh Coffee.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan ADTEC Sandakan atas kepercayaan ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat terus menterjemahkan kebersamaan institusi bersama komuniti!
π Anooh Coffee
βοΈ Love from the mountain
β¨ Nikmati masa bersama kopi anda! βοΈ
πΈ Ikuti & tag untuk berpeluang tampil di laman kami!
πΏ Best cafe in Kundasang