14/02/2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya (captain RJ) sedang menjalankan pembangunan madrasah Ahli Sunnah Wal Jamaah beserta Pondok Tahfiz di Setiu, Terengganu. Proses permulaan telah dilaksanakan dengan pembelian tanah. Kerja-kerja yg selanjutnya akan menyusul kemudian.
Oleh yg demikian saya memohon dari sahabat2, saudara mara dan jiran2 yg saya kenali untuk bersama-sama saya memajukan projek tersebut ke arah kecemerlangan anak bangsa dan agama.
Bagi memajukan projek/program tersebut, saya tidak bercadang untuk memohon sumbangan dari semua pihak, tetapi saya memohon dan menyeru kepada semua supaya menyokong saya di dalam perniagaan yg saya sedang jalankan bagi tujuan penyempurnaan pembinaan madrasah tersebut.
Oleh itu, NASI BAJET CAPT akan mula beroperasi bagi kawasan lembah klang khususnya pada 1 MAC 2018 (KHAMIS) dan akan mula membuat penghantaran di kawasan SHAH ALAM, KLANG, SEPANG, NILAI, PUTRAJAYA & CYBERJAYA. Di mana pelanggan yg sedia ada terdiri daripada sektor kerajaan, sektor swasta, perkilangan dan lain-lain.
Dengan sokongan yg telah diberikan sebelum ini, Alhamdulillah dengan Izin Allah, Nasi Bajet Capt telah berjaya memiliki sebuah Restoran di Nilai khasnya untuk menjalankan aktiviti2 penghantaran makanan ke tempat2 yg telah ditentukan.
Kami dari pihak Nasi Bajet Capt berbesar hati ada kiranya dari pihak tuan/puan menyokong perkhidmatan dan usaha kami. Kami sangatlah memerlukan sokongan anda semua. Terima Kasih
Menu NBC akan dikemaskini secepat yg mungkin. Sila rujuk admin group masing2 jika ada sebarang pertanyaan.
Operation Office NBC : Trefoil & Setia City, Shah Alam.
Tel : 03-33590527
Captain.
TQ β€