Kami mengetengahkan cara penghayatan dalam meminum kopi sebenar "FRESHLY BREWED COFFEE". Kami sangat berhati-hati dalam pemilihan kopi dan akhirnya kami memilih 100% Arabica beans, rendah asid dan setakat ini jika meminumnya tidak akan mendatangkan migrain. Kopi kami juga ditampilkan dengan "latte art" yang unik dan pertama di Malaysia. Kopi kami dihidangkan panas atau sejuk, mengikut kehendak pel
anggan. Signature coffee kami adalah:-
[Filtered Style Coffee(bole tambah air panas),
Latte dan Macchiato]
Kami juga menawarkan "FRESHLY SQUEEZED JUICE NO SUGAR ADDED". Walaubagaimanapun "sugar syrup"-air gula ada disediakan utk pelanggan yg lebih gemarkan minuman mereka manis bergula. Signature juice kami adalah:-
1. Mixed juice (çarrot+orange)
2. Green Mango juice(tak masam)
3. Carrot
Makanan kami disediakan dalam 'BIG PORTION', bahagian yang besar. Makanan kami disediakan dalam suasana yang sangat bersih di dapur kami. Kami melengkapkan dapur kami dengan pili air panas bagi proses mencuci bahan mentah. Ini bagi mengelakkan penyakit dari salmonella dan sebagainya. Kami juga melengkapkan dapur kami dengan penapis air luar dan dalam "outdoor & indoor filter". Air untuk memasak, air kosong sejuk dan air suam yang disediakan memang suci dan bersih menggunakan sistem RO serta percuma. SIGNATURE DISH di restoran kami adalah:-
1. Nasi Lemak Nasi Dagang Nasi Putra
2. Portuguese Chicken Rice
3. Asam Pedas Ikan Pari
4. Shrimp Burger Cutlet "Home Made Patty & Bun"
5. Mee Hailam
6. Aglio Olio, Pasta Raksasa
7. Steam Siakap with Lime & Chillies, Broccoli, Omelette with Prawn, TomyamGoong
8. Chicken Chop The Quays. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan kerana kami menitikberatkan prinsip kami untuk bertahan dalam perniagaan makanan bukanlah untuk mengaut keuntungan segera. Kami juga ada menyediakan merchandise di satu sudut restoran kami untuk dijadikan kenangan atau sourvenir bagi yang berminat dengan "The Quays". Freshly Brewed Coffee, Freshly Squeezed Juice, Big Portion of Local & Western Food 'Breed'. Wassalam.