Budak Jahat Burger

Budak Jahat Burger Peniaga Burger & Roti John Berjenama Ramly & Homemade Di Hillpark Business Centre, Bandar Puncak Alam

last day final perniagaan di bazaar ramadhan hillpark puncak alam pada tahun ini 2026. Alhamdulillah. hari ni kuli² je n...
18/03/2026

last day final perniagaan di bazaar ramadhan hillpark puncak alam pada tahun ini 2026. Alhamdulillah. hari ni kuli² je niaga sebab bos semua dah lari balik kampung. sobs sobs..

bagi yang kempunan. boleh mai cepat² barang sangat terhad. ada dalam 100batang sahaja pelbagai rasa.

yang jauh jangan risau. QR mcm biasa nanti kanda tolong makan kan. janji dapat beli kan. haha. InsyaAllah kita on LIVE sambil ngumpat² yang tak batal puasa. TQ semua follower yang support sentiasa doa dan kata² semangat.

j*p j*p.. jgn s**a sangat. belum raya lagi..

Ramadhan 21 [ Bazaar Hillpark ]Tinggal 9 hari nak beraya . Tinggal 8 hari team BJB nak berniaga.  Tahun ini walaupun eko...
11/03/2026

Ramadhan 21 [ Bazaar Hillpark ]
Tinggal 9 hari nak beraya . Tinggal 8 hari team BJB nak berniaga. Tahun ini walaupun ekonomi tak menentu, Alhamdulillah Roti John BJB mendapat kepercayaan daripada pembeli² di bazaar hillpark untuk menikmati juadah kami.

InsyaAllah berbaki lagi 8 hari team BJB akan terus memberikan yang terbaik ROTI JOHN yang kami jualkan.

Nampaknya ramai juga dah focus nak membeli belah keperluan raya, buat kuih atau beli yang tunjuk². diharapkan semua pembeli² BJB dipermudahkan urusan² untuk berhari raya dengan riang ria dan gembira. .

Jumpa esok , Tajam jam 4 kita on jual beli.
- Team Budak Jahat Burger

Ramadhan 18 [ Bazaar Hillpark ]Semakin hampir kita untuk habiskan bulan ramadhan. sedar2 dalam 12 hari lagi kita akan ti...
08/03/2026

Ramadhan 18 [ Bazaar Hillpark ]
Semakin hampir kita untuk habiskan bulan ramadhan. sedar2 dalam 12 hari lagi kita akan tinggalkan ramadhan yang mulia ini. Adakah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan Ramadhan.

Alhamdulillah. Syukur segala nikmat yang diberikan, hari ni Team BJB agak setabil dalam penyediaan dan penjualan Roti John, Bila sistem ikut yang direncanakan jadi segala urusan penjualan dan pembelian semua jadi teratur, tiada lagi kena beratur panjang², tersalah bagi order dan sebagainya.

Terima kasih kepada pembeli semua, Team BJB ada 11 hari lagi untuk beroperasi, dan akan bercuti raya selama 1 minggu selepas itu kita akan buka seperti biasa di lokasi niaga asal dihillpark. bagi yang belum mencuba Roti John BJB dijemput lah dtg untuk berbuka puasa juadah yang kami sediakan.

Esok kita jumpa di tempat biasa.. selamat bersahur.

team Budak Jahat Burger

Ramadhan 17 [ Bazaar Hiilpark ]Hari sabtu pengunjung bazaar keluar last minit kot. dari jam 4 - 6 petang masih lenggang....
07/03/2026

Ramadhan 17 [ Bazaar Hiilpark ]
Hari sabtu pengunjung bazaar keluar last minit kot. dari jam 4 - 6 petang masih lenggang. datang jam 6.30 banjir bazaar ramadhan sebanjir roti john BJB.

Hari ni tak banyak yang beratur seperti biasa. tetapi tak putus² pembeli singgah, sebab apa.. sebab kita dah prepare awal dari jam 4 siap² bungkus lebih kurang 100pax. jadi bila yang menyinggah nak beli, dalam beberapa saat terus dapat apa yang dihajati.

cuaca sangat panas bawa ke petang, jadi team BJB sempat buat live TT dan ss beberapa pengunjung yang sedang membeli.

Terima kasih rezeki hari ni.Jam 7 dah clear meja team BJB. sempat la cari juadah nak berbuka . ramai juga peniaga sekitar yang habis awal. Tahniah.

Selamat malam,.. 12 hari lagi nak raya.
- Budak Jahat Burger

Ramadhan 15 [ Bazaar Hillpark ]Bahang raya dah terasa ke? belum lagi kan.. ada 15 hari lagi kita berpuasa. sabar ye haha...
05/03/2026

Ramadhan 15 [ Bazaar Hillpark ]
Bahang raya dah terasa ke? belum lagi kan.. ada 15 hari lagi kita berpuasa. sabar ye haha.

Team BJB hari bertungkus lumus siapkan order dan berjual beli kepada pembeli² yang dah beratur. cuaca agak baik 2 3 hari ni. Ramai la data g membeli di bazaar petang².. Walaupun dah 15 hari berlalu, Syukur pengemar roti john disekitar kawasan Puncak Alam terus support dan memilih Roti John kami.

Esok, InsyaAllah kita on sampai nak dekat raya nanti kita bagitahu hari last. tapi jangan risai.. lepas raya kita on ditapak stallz asal berhadapan Restoran Budu Poyok, Pasaraya CS, dijalan Hillpark 11/6, Hillpark Business Centre.

Ada yang nak booking untuk open hoise? Roger awal². kita on saja bosku.

Selamat malam.
- Budak Jahat Burger.

Ramadhan Ke-13 [ Bazaar Hillpark ]bila diwaktu petang antara panas , mendung dan hujan sedikit sedikit kawasan puncak al...
03/03/2026

Ramadhan Ke-13 [ Bazaar Hillpark ]

bila diwaktu petang antara panas , mendung dan hujan sedikit sedikit kawasan puncak alam hari ni, angin pun boleh tahan kuat juga sekali sekala. tapi dah sampai waktu peak hour, orang ramai dah masuk berkunjung tak sedar cuaca yang terjadi ketika itu.

sibuk dengan pembeli² digerai BJB , ramai juga tadi yang beratur dengan baik untuk mendapatkan juadah masing².. Hari ni ada lebih selepas waktu berbuka tadi sempat kita sedekahkan pada jiran² dan sekeliling.

Esok itu pasti!, team BJB seperti biasa akan berada di lokasi jam 4 petang, jika ada yang teringin dipersilakan lah datang, boleh juga untuk submit order awal, ( whatapps - ordrr - bayar - nama & masa ambil ) luncurrr

17 hari lagi nak jumpa saudara mara sahabat handai!
- Budak Jahat Burger

Ramadhan ke 11 [ Bazaar Hillpark ]Hujan petanh ni membasahi tanah yang dari pagi cerah panas berdengung. Alhamdulillah S...
02/03/2026

Ramadhan ke 11 [ Bazaar Hillpark ]
Hujan petanh ni membasahi tanah yang dari pagi cerah panas berdengung. Alhamdulillah Syukur Nikmat.

Kedai BJB macam biasa masih dikunjungi pembeli² yang dah stanby payung..baju hujan. Hujan diwaktu puncak memang memainkan perasaan perut betul. berirama berkeroncong cacing² dalam tu huhu.

Dalam hujan² sehingga waktu berbuka tu habis jugalah jualan BJB hari ni... Syukur selalu tuan dan puan sentiasa support tak kira cuaca macam mana pun.

Nampaknya ramai juga dah order online awal² dengan mewhatapps kami dari opagi. Kerja untuk membeli dah jadi mudah walau pin hujan cukup time datang ambil drive tru aje tak yah turun basah². bukak tingkap sebut nama .. krew hantar terus ke kereta. mudah kan? jadi jom untuk esok kita order online aje di no 0172775201 dan 0192440353 .

selamat malam. tuptaptuptap. nak raya kat kampung dah lagi 18hari..
- Budak Jahat Burger

" PESANAN AWAL SETIAP HARI"** sebelum jam 4.30petang. pickup :  nyatakan masa untuk ambil dimasa buat pesanan dan bayara...
01/03/2026

" PESANAN AWAL SETIAP HARI"
** sebelum jam 4.30petang. pickup : nyatakan masa untuk ambil dimasa buat pesanan dan bayaran.

- Budak Jahat Burger [ bazaar hillpark P.A ]

Ramadhan Ke-10 [ Bazaar Hillpark ]Diam tak diam, pejam celik udoh ke 10hari kita berpuasa seadanya. Kej*p betul masa ber...
28/02/2026

Ramadhan Ke-10 [ Bazaar Hillpark ]
Diam tak diam, pejam celik udoh ke 10hari kita berpuasa seadanya. Kej*p betul masa berlalu ye

Seperti biasa, Team BJB dah ready segala kemungkinan, sangkaan awal mungkin hari ni tak beberapa ramai pengunjung bazaar ternyata tak benar sama sekali... masuk je time peak hour, berderu orang ramai membanjiri bazaar, tak kira tua muda miskin kaya semua bergembira.. eh macam lagu? haha

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Ilahi. Hari ni Sold out semua yang team BJB bawak. terima kasih diucapkan kepada seluruh pembeli yang datang membeli dan support. semoga tuhan sahaja membalas jasa baik tuan dan puan, dan dikurniakan ibadah puasa yang berlipat ganda.

Esok? Comfirm on punya! jangan risau tuan puan. jangan bagi orang kempunan. haa mari. order awal pun boleh ye. Wasap je nombor biasa yang tertera di page Budak Jahat Burger

selamat berbuka dan bertarawih
sedar² 20hari lagi nak pakai sampin..

Ramadhan Ke 9, [ Bazaar Hillpark ]Jumaat kedua bulan ramadhan. hari ni orang masuk awal sikit nazaar ramadhan pasal rama...
27/02/2026

Ramadhan Ke 9, [ Bazaar Hillpark ]
Jumaat kedua bulan ramadhan. hari ni orang masuk awal sikit nazaar ramadhan pasal ramai yang berkejar balik awal sikit hari terakhir bekerja dalam minggu ni bagi yang bercuti sabtu ahad.

Seperti biasa, Team BJB masih dikunjungi pembeli² untuk menikmati sebagai juadah puasa. Hari ni nampak tak ramai sikit beratur tapi still ada tak henti² sehinggalah waktu nak berbuka tadi. Apa² pun Rezeki Allah. Alhamdulillah

Esok weekend day, ramai kot yang dah rancang nak makan muar bersama family, bersama kawan² ..bersama kekasih ke skandal.. haipp haha. jadi jangan lupa la mai singgah dulu tapaw Roti john BJB ni ye. kot2 boleh share pada mereka² tu. Kita open seperti biasa je. no cuti² bos kata... marii

sedar² 21hari lagi nak terima duit raya.
- Budak Jahat Burger

Address

Jalan Hillpark 11/6
Puncak Alam
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Budak Jahat Burger posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share