Mochi Kitchen

Mochi Kitchen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mochi Kitchen, Food Delivery Service, Puncak Alam.

Nur Fazlini mg kali giniπŸ˜‚
29/05/2021

Nur Fazlini mg kali giniπŸ˜‚

Zaman bercinta, semua benda dimainnya tanpa sedar. πŸ€ͺπŸ˜‚

Kredit: The Faiz Ibrahim

17/03/2021

Ada sape2 kat sini berminat sambal penyet dan sambal bilis krup krap?πŸ‘‹πŸ»
Kalau sesiapa berminat saya akan post kt sini nnti

14/09/2020
27/05/2018

Resipi sambal kentang goreng dan bilis untuk menu nasi lemak

Bahan-bahan diperlukan:

4 biji kentang
1 cawan ikan bilis belah
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan madu (option)
Minyak utk menggoreng & menumis

Cara menyediakan dan memasak:

1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan.
2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan p**a sos tiram dan madu.
4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang .

01127065864

27/05/2018

Khasiat kentang goreng dalam nasi lemak

1. Sebagai sumber energi yang baik
2. Menurunkan berat badan
3. Mencerahkan kulit

berminat untuk oder nasi lemak ws 01127065864

27/05/2018

RESIPI SAMBAL TEMPE GORENG GARING

Bahan-Bahan :
Tempe
Kacang tanah
Ikan bilis
Cili kering diblend
Asam jawa 1 sudu
Bawang besar 2 labu (potong bulat)
Bawang putih 2 @ 3 ulas
Garam/gula/gula kerek

Cara memasak :
1. Goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis garing2 dan ketepikan..
2. Guna minyak yang sama, goreng bawang besar dan bawang putih sampai layu dan masukkan cili kering yang di blend,
3. biarkan sampai pecah minyak dan masukkan air asam jawa, gula kerek, perasakan dengan garam dan gula,
biarkan sedikit kering dan last sekali masukkan tempe, kacang dan ikan bilis..
4. Gaul sebati dan siapp

01127065864

27/05/2018

KELEBIHAN TEMPE dalam menu nasi lemak

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diarrea (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Memiliki sifat anti oksidan, mencegah kanser.

ws 01127065864

27/05/2018

resipi sambal telur menu nasi lemakπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Bahan bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng

Cara cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
3. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

01127065864

27/05/2018

Resipi ringkas sambal tumis udang
Ni haa dia sambal udang sy kongsikan sebabkan ramai ws and call tny saya camne buat sambalnya

BAHAN-BAHAN: 1 kilo udang sederhana besar 1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis 2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang Garam dan air asam jawa secukup rasa Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK : 1) Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu. 2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . 3) Masukkan udang , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api .

credit from Nennie BERMINAT WS 01127065864

27/05/2018

Pasti anda tertanya tanya kenapa sambal nasi lemak rasa seperti masam manis..haa ni lah dy air asam jawa digunakan semas menumis sambal. mesti sedap!

air asam jawa digunakan untuk menggantikan asam keping kerana ianya mengandungi manfaat tersendiri antaranya ialah mencerahkan Kulit, ejen Exfoliate Kulit Yang Semulajadi dan ejen anti-Penuaan.

so sesapa berminat untuk membeli nasi lemak ws 01127065864

27/05/2018

Daging adalah sumber protein kepada badan..kita di galakkan mengambil lebih sumber protein berbanding karbohidrat. oleh itu saya telah menghasilkan menu rendang daging produk nasi lemak.

Antara kelebihan lain daging ialah sebagai sumber vitamin, zat besi dan lemak

tunggu apa lagi jom oder nasi lemak ws ke 01127065864

Address

Puncak Alam
45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mochi Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share