14/07/2022
Selain maruku, kaum india juga mempunyai pelbagai makanan tradisional yang lain. 🇲🇾
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. 🥔🥐🌮🌯
Antaranya termasuklah:
🌮Tosai 🌮
Makanan ini sering dinikmati hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Ia boleh didapati di restoran mamak dan juga restoran India. Tosai biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.
🍚Nasi beriani🍚
Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain.Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat
🍙Putu mayam🍙
Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk.
🍗Ayam tandoori🍗
Ayam tandoori sememangnya terkenal di mana jua, sama pop**ar dengan nasi beriyani. Ia digelar ayam tandoori kerana proses memasaknya yang bernama tandoori. Sebelum ayam dipanggang dalam oven, ia akan perap terlebih dahulu dengan rempah ratus yang telah dikhaskan. Ia kemudiannya dipanggang dengan suhu yang sangat tinggi sehingga mencapai 300 darjah Celsius.
Makanan ini semuanya sedap sedap belaka dan sudah menjadi kegilaan ramai di Malaysia
Mahu info yang lebih menarik? Follow dan nantikan update dari kami. Semoga bermanfaat!