01/06/2026
Hari ini R Rich Coffee menerima kunjungan yang sangat istimewa. Terima kasih Abg Naz dari Rawang sudi singgah ke kiosk kami di Puchong hari ini. Bagi yang belum tahu, Abang Naz ni rakan niaga lama saya sewaktu zaman pandemik dahulu. Masa tu kami berniaga bersebelahan, saya fokus dengan menu kopi, manakala Abang Naz p**a rancak dengan menu Japanese-Malaysian fusion seperti oden, karaage, dan nasi ayam yang memang sentiasa mendapat sambutan.
Masa berlalu begitu pantas. Pada tahun 2023, R Rich Coffee berhijrah ke tapak baharu di Puchong. Selepas beberapa tahun membawa haluan masing-masing, hari ini rezeki kami dapat bertemu semula, bertukar khabar, dan berkongsi perkembangan perniagaan masing-masing.
Satu perkara yang paling menyentuh hati dan membuatkan saya rasa kerdil adalah, apabila Abang Naz dan isterinya sendiri menyatakan rasa tertarik dengan konsep, evolusi, dan hala tuju R Rich Coffee yang ada sekarang. Daripada sembang santai mengimbau kenangan lalu, timbul p**a perbincangan awal tentang kemungkinan untuk membawa jenama R Rich Coffee ini ke lokasi lain pada masa akan datang. Insya-Allah, doakan yang terbaik! 🤲
Bagi saya, ini adalah satu penghormatan yang sangat besar. Apabila seseorang yang pernah melihat kita bermula dari bawah, yang tahu jatuh bangun kita dari kosong, percaya dengan apa yang kita bina hari ini, nilai penghargaan itu sangat luar biasa dan tidak boleh dijual beli. Terima kasih banyak Abang Naz kerana sudi singgah dan meluangkan masa. Semoga silaturahim yang terbina sejak zaman susah dahulu terus berkekalan, dan semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama dan melebarkan sayap lagi pada masa hadapan. Perniagaan itu mungkin tentang produk, tetapi hubungan yang terbina di sepanjang jalan itulah yang memberi makna sebenar kepada sebuah perjuangan.
R Rich Coffee
"Bukan Sekadar Kopi, Ini Seni Rasa."