02/06/2026
📢 PENJELASAN LANJUT BERKENAAN SUMBER BEKALAN PRODUK WARUNG WOK
Susulan daripada kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sebelum ini, kami ingin berkongsi maklumat tambahan bagi memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada para pelanggan.
Untuk makluman, produk-produk yang dibekalkan ke seluruh outlet Warung Wok adalah daripada central kitchen yang mempunyai Pensijilan Halal yang sah dengan nombor rujukan:
JAKIM.700-2/3/1 052-10/2024
Bersama posting ini, kami sertakan salinan pensijilan halal serta senarai produk yang berada di bawah pensijilan halal yang di bekalkan ke setiap cawangan.
Sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan dan melabur dalam pembangunan jenama makanan tempatan, kami sentiasa komited untuk memastikan setiap produk yang dibangunkan memenuhi standard kualiti dan pematuhan yang ditetapkan. Halal premis masih dalam proses kerana beberapa outlet masih baru dan juga dalam proses renovasi untuk mematuhi halal jakim.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang terus diberikan kepada Warung Wok.