01/07/2022
Salam Zulhijjah. 10 hari awal bulan Zulhijjah adalah hari yg terbaik.
Amalan² yg baik dilakukan pd hari² tersebut:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
2. PUASA. Ianya juga termasuk dlm amalan Soleh. Menurut Imam Nawawi, "Berpuasa pd hari-hari 10 adalah sunat yg sgt digalakkan".
3. TAKBIR, TAHLIL & TAHMID. Menurut hadis Ibnu Umar mengatakan, "Maka perbanyakkan lah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illAllah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah)
4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bg sesiapa yg mampu pd hari Arafah (9 Zulhijjah)
5. KORBAN. Melakukan ibadah korban.
6. TAUBAT. Melakukan taubat yg sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa & maksiat.
Sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah utk termasuk ke dlm golongan mereka yg berlumba-lumba utk melakukan kebaikan . Wasalam.
Kredit kpd Ustaz ABU ANAS
YAYASAN PINDOK SG. DURIAN