20/01/2025
Apa beza Misi Foods dan Misi Express? Dalam post ni akan terjawab semua komen2 mengenai “Abang Kawasan” yang disalah erti.
Misi Express tiada had kawasan. Semua runner bebas bekerja dimana-mana dalam negeri masing-masing. Kerana express ni penghantaran jauh-jauh.
Misi Foods p**a ada melibatkan makanan yang perlu dihantar segera dan tidak boleh ada isu penghantaran.
Pada peringkat awal Misi Foods dibangunkan.. beberapa perkara yang tak patut telah berlaku.
1. Rider accept job tapi tidak buat delivery
2. Rider utamakan job pink atau hijau hingga makanan job Misi sampai sejuk pada customer.
3. Rider tidak konsisten sehingga ada hari yang langsung tiada rider.
Sy dapati semua ni berlaku kerana rider tidak sepakat dan tiada peraturan atau garis panduan..
Sebab itu setiap kawasan mula ada sistem pentadbiran untuk pastikan semua sefahaman dan bekerjasama dalam garis panduan yang ditetapkan dalam kawasan masing-masing.
Garis panduan ni diputuskan oleh majoriti rider kawasan itu sendiri atas perbincangan bersama.
Maka selepas itu, order Misi semakin meningkat dan customer berpuas hati gembira dengan service rider yang penuh sopan santun, jujur dan sangat mudah berkomunikasi.
Misi berjaya membina satu komuniti delivery yang berjiwa besar dan lembut. Sebab itu lebih 50% customer setiap hari di Misi selalu bagi tips kepada rider..
Tapi sy tidak nafikan ada pentadbiran kawasan yang struggle untuk menyatukan semua kerana ada pelbagai ragam untuk diselaraskan..
Jika ada yang keras, maka keraslah komunikasinya
Jika lembut, maka lembutlah komunikasinya..
Tiada siapa yang sempurna.. yang penting kita semua contohi akhlak Baginda sendiri yang penuh kelembutan.
Dan kenapa ada kawasan yang hadkan jumlah rider? Ini adalah kerana jumlah rider mengikut jumlah order.
Jika anda adalah rider.. pasti anda juga tidak mahu aplikasi anda ambil rider banyak sehingga anda tiada order. Atau istilahnya “Bangau”.
Tapi trust me, setiap kawasan sedang menambah jumlah rider kerana order semakin meningkat.
So untuk Misi Express, tiada pentadbiran kawasan. Anda semua bebas bekerja di dalam negeri anda.