Nasi Arab Tok Janggut

Nasi Arab Tok Janggut Rasai resepi dari timur tengah yang menepati selera orang malaysia. 100% menggunakan beras basmathi

Bukan orang gila.. dia mungkin 'ahli syurga'..Hujung minggu lalu.. akak keluar seawal pagi dgn haluan ke pantai membawa ...
22/02/2023

Bukan orang gila.. dia mungkin 'ahli syurga'..

Hujung minggu lalu.. akak keluar seawal pagi dgn haluan ke pantai membawa sang putera menikmati indahnya alam & bermain hujan.. entah apa yg membawa kaki ke sini berhenti seketika mencari bekal kudap-kudapan di 7e dlm perjalanan.. keluar dari pintu kedai.. terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu.. terdetik hati "org kurang waras agaknya.. kesian dia.."

Tapi hati terasa nak menoleh kali kedua.. dia tiba-tiba tersenyum gembira.. "Puan Nadia!!!".. teriaknya girang...

Terkejut.. eh.. dia kenal aku??

"Puan!! Puan ingat tak saya? Kurus la puan skrg.. dulu puan mengandung kan masa puan jaga saya.."

Masih terpinga2.. cepat masukkan barang2 yg dibeli masuk ke kereta.. pesan kat putera berdua.. mama nak jumpa kawan mama j*p kt luar tu..

Semakin akak menghampiri.. terdengar suara abang2 yg sedang mengopi di gerai sebelah.. "ehh jgn dkt2 sgt.. tu org gila!"

Akak tak peduli.. sbb wajah lelaki tu betul2 mcm pernah dikenali.. kalau masa mengandung dia boleh kenal.. bermakna 9 tahun yg lalu lamanya..

"Awak ingat saya lagi? Nama awak sapa.."

"Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan.."

MasyaAllah.. awak la Azlan.. awak boleh ingat saya lagi.. kenapa duduk sini.. mana keluarga awak.. tak duduk rumah ke.. sekarang kerja apa..

"Org tua semua dah meninggal puan, rumah takda org lain dah ambik.. sekarang tinggal kat bawah tangga kedai.. takda kerja.. tapi saya tak hisap dadah dah puan.." ujarnya dgn wajah polos.. tulus dan ikhlas..

Tersentuh sangat rasa hati.. bergenang air mata.. bekas klien yg ini.. bukanlah mcm kita.. orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya.. terjebak dadah kerana dianiaya.. namun beginilah takdir hidupnya..

Awak dah mandi.. gosok gigi tak? Dah makan? Mcm mana nak dapat duit kalau tak kerja..
Sambil memeriksa kukunya memastikan dirinya terurus.

"Baru lepas mandi puan.. duduk2 je kat sini.. nanti2 ada rezeki ada org bagi makan.." ujarnya masih dengan wajah tersenyum begitu..

"Nak ambik gambar dengan puan boleh?

Awak ada henpon ke?

"Takde.. guna henpon puan la.. Nanti puan simpan gambar saya jadi puan tak lupa saya lagi.."
🥹🥹🥹

Ok.. awak senyum la.. saya simpan gambar awk..

Ni apa yg awak genggam?

"Mainan saya ni puan.. saya buat sendiri.. boleh teman saya gi mana2.."
😭😭😭

Azlan.. jaga diri.. jangan terus mcmni.. cuba cari kerja apa yang awak mampu.. kalau tak ada makanan.. minta elok2 kat org2 yg baik hati.. jangan mencuri.. jangan ganggu orang.. nanti orang tangkap.. orang pukul awk..

"Tak puan saya tak kacau orang.. saya duduk diam2 je.. nanti puan datang la lagi tengok saya kat sini..

Meninggalkan dia dengan sedikit bekalan.. dan senyuman.. akak berlalu dari situ.. bermuhasabah diri sendiri.. apalah daya nak mengatur jalan hidup semua yang pernah kita "jaga".. mungkin takdir hidupnya sudah begitu.. moga Allah sentiasa memberi perlindungan padanya.. dunia & akhirat..

Tapi dari situ Allah juga memberi kita kebahagiaan.. kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji seikhlas hati.. bila mampu mengukir senyuman diwajah insan istimewa.. nikmatnya lain.. 😊 rasa sedih namun terubat hati.. walaupun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna..

Begitulah.. kisah klien istimewa.. mungkin ahli syurga.. kadang-kadang.. insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna..

Kita memang tak selalu bertemu orang yang baik.. tapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yg kita temui..

Sumber: FB Nadia Hazmi

Gaya persis bak pengantin baru.. tahniah diatas kecemerlangan kedua anakanda kesayangan Tuan Odham Neimad ..Terima kasih...
22/02/2023

Gaya persis bak pengantin baru.. tahniah diatas kecemerlangan kedua anakanda kesayangan Tuan Odham Neimad ..

Terima kasih sudi merasai air tangan saya 😁😁..

📍 Kg Delek

“Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga raflessia esok."Ni baru guntingan yang ke empat, mak dah naik hantu. Kalau 5 kep...
20/02/2023

“Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga raflessia esok."

Ni baru guntingan yang ke empat, mak dah naik hantu. Kalau 5 keping dah 50 hinggit nak oiii... 😩

Credit 📸 Malaysia Viral

2 Menu2 Sesi1 MajlisAlhamdulillah..Masa untuk meluruskan pinggang..📍 Sg Sireh, Klang
20/02/2023

2 Menu
2 Sesi
1 Majlis

Alhamdulillah..

Masa untuk meluruskan pinggang..

📍 Sg Sireh, Klang

05/01/2023
Dont Think TOO Much..
03/01/2023

Dont Think TOO Much..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 buat semua rakyat Malaysia.Semoga rezeki dan rahmat Allah mengiringi anda sepanjang ta...
31/12/2022

Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 buat semua rakyat Malaysia.

Semoga rezeki dan rahmat Allah mengiringi anda sepanjang tahun 2023..




Salam Jumaat,Ada yang craving nasi arab lamb shank ke?? Jangan susah hati.. Order jer terus dan kita arrange penghantara...
30/12/2022

Salam Jumaat,

Ada yang craving nasi arab lamb shank ke??

Jangan susah hati.. Order jer terus dan kita arrange penghantaran tapi buat masa ni sekitar Port Klang dan Klang shj..

Nak Order??
Klik Whatsapp link dekat bawah ni

www.wasap.my/601121148454/nasiarablambshank

Address

Port Klang
42000

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 18:00
Wednesday 11:00 - 18:00
Thursday 11:00 - 18:00
Saturday 11:00 - 18:00
Sunday 11:00 - 18:00

Telephone

+601121148454

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Arab Tok Janggut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Nasi Arab Tok Janggut:

Share

Category