08/07/2023
*CUSTOMER YANG BAIK MERUPAKAN REZEKI YANG BAIK UNTUK KITA*
syukur ke hadrat Ilahi, hari ni ramai sangat kat kedai saya. Kedua dua lot penuh dengan orang. Tapi bukan itu yang saya nak cerita, apa yang saya nak cerita adalah tentang satu keluarga yang datang berkunjung ke kedai saya hari ni.
Begini ceritanya, hari ini hari Sabtu 08 julai 2023. Saya hanya berempat menguruskan kedai dari buka sampai tutup. Pertama sekali saya nak merakamkan jutaan terima kasih buat team saya kak noh dan aqeel yang bersama saya menjayakan hari ini.
Dari pagi lagi customer dah ramai sangat. Kami tinggalkan semua kerja lain untuk menyambut serta memenuhi semua permintaan customer. Berlari lari kami buat kerja. Yelah, kerja preparation nak kena buat, lepas tu nak kena ambil order, lepas tu kena siapkan order, lepas tu kena hantar order, lepastu kena pastikan semua order dah lengkap, lepastu kena kemas meja, lepas tu kena basuh pinggan, lepas tu kena susun balik semua pinggan mangkuk, lepas tu kena lap meja, sapu lantai yang bersepah, semua kerja ni kami buat berempat jer.
Fuhhh tak boleh digambarkan betapa penatnya kami semua.
Kami memang tak s**a buat customer kami menanti. Tapi sampai satu keadaan, kami memang dah tak boleh handle. Cendol order dah jem, rojak dah bersusun, air pun dah banyak order, dah tu goreng goreng pun order banyak. Lengkaplah kerja untuk kami berempat. Meja semua dah kotor dan penuh dengan pinggan mangkuk. Orang dah beratur nak bayar. Customer pulak tak berhenti-henti masuk.
Pada ketika inilah datang satu keluarga....
Mereka datang 6-7 orang, duduk kat meja panjang. Meja tu sarat dengan pinggan mangkuk kotor. Apa yang mereka buat? Mereka nampak sangat yang kami ni tak menang tangan untuk mengemas meja. Mereka lah yang kemas meja tu, lap meja tu, dan seterusnya mereka tanya apa yang mereka nak minum sesama mereka dan pergi order di kaunter cendol sendiri, ambil nasi, lauk pauk dan panggil saya untuk kira dahulu sebelum mereka makan. Selepas itu baru mereka makan. Selesai makan mereka datang ke kaunter bayaran dan tunggu sehingga kami kira, bayar dan beransur pulang dengan senyuman.
Entah kenapa, saya rasa macam terpanggil sangat untuk menulis tentang keluarga ini. Sedikit pun tiada perasaan marah walaupun mereka yang layan diri mereka sendiri sehinggakan meja kotor pun mereka yang lap sendiri. Saya rasa sangat terharu dan teringat ingat pada keluarga tersebut.
Disini, saya ingin mengucapkan terima kasih "from bottom of my heart"
kepada keluarga tersebut dan jika diizinkan kita bersua lagi, saya ingin sangat belanja mereka sekeluarga makan.
Disebabkan mereka, kami gembira walaupun kami penat yang teramat sangat.
Dapat sesuatu?
Ikhlas dari
CEO CENDOLBOY