01/11/2024
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Dengan berat hati & dukacita kami ingin maklumkan, restoran Shelllicious Ikan Bakar Pontian akan di tutup operasinya bermula pada 01 November 2024. Banyak kenangan pahit & manis semasa perniagaan dijalankan. Disebabkan kekangan ekonomi & beberapa faktor, kami dengan berat hati terpaksa menghentikan operasi restoran.
Terima kasih kepada mereka² yang pernah menjadi peminat kami dan pernah menjamu selera dalam tempoh 2018 hingga 2024. Terima kasih atas sokongan, pujian dan kritikan Tuan/Puan. InshaAllah, jika di izinkan Allah s.w.t, kita akan berjumpa lagi suatu hari. Kami sentiasa mendoakan Tuan/Puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam urusan mencari rezeki.
shelllicious ikan bakar pontian signing off!!!!