Dapur Cik Sya

Dapur Cik Sya Menerima tempahan kek, kuih-muih dan jambangan bunga coklat untuk yang tersayang. Lokasi penghantaran Tasik Biru, Kundang dan kawasan sekitarnya

23/12/2022

Sotong stim limau ala thai

21/12/2022

Chicken with broccoli easy and delicious oriental style!!

Keow Teow Theng
02/12/2022

Keow Teow Theng

Repeat lagi keow teow theng hari ini ☺️

Resepi Keow Teow Theng...

Bahan2
1. Keow Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6.bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya

Cara2 nya
1.Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut..
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan.. Blh lah hiris fishcake td.
3. Kuah dia saya xtmbh apa dh.. Kiub tu dah ckp rasa..

Cara buat minyak bawang putih

1. Cincang 1 labu bawang putih..
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih Yang di cincang td, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit...

Cara buat kicap cili potong..
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair..

Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan

Basuhkan keow keow bagi hilangkan lebihan minyak, nk jirus air panas pom blh..

Boleh lah susun bahan2 dalam pinggan dan tuang kuah.. Siap.. Senang sahaja...

Credit : Nor Khomariah Norrohman

Roti
29/11/2022

Roti

Resepi Roti heaven.. senang sangat πŸ˜‹

8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg di lapik baking paper
letak kan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.

8 biji telur
semangkok kecil mozzarella
semangkok kecil cheese cheddar parut
semangkuk kecil daging cincang ramly
sebiji bawang besar di dadu
2 biji cili besar di hiris
sedikit daun bawang di hiris
sedikit aji shio black pepper
kocok2 kan semua dan tuang atas roti
bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing .
makan panas2 sedap.

kredit : Nanny Emma Emma

Kek Oren
29/11/2022

Kek Oren

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang πŸ™‚
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍

Credit to Nieza Nor Hamira

Address

Jalan C5 Kampung Melayu Sri Kundang
Pengkalan Kundang
48050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Cik Sya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share