De Chef Table

De Chef Table Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from De Chef Table, Family style restaurant, Pasta@EVOKE, EVOKE Foodcourt, PERDA, PERMATANG PAUH, Penang.

08/02/2026

Lama tak bersiaran. Assallamualaikum semua. Ada yang rindukan masakan chef? Puasa ini nantikan ya.... boleh pm untuk menu2 sepanjang bulan puasa yang akan tiba nanti.

Send a message to learn more

08/04/2024

Beberapa hari lepas. Saya hidang mee goreng untuk mak ayah.

Mak rasa sesuap.

"Sedap, Zah. Secukup rasa."

Giliran ayah p**a makan. Habis sepinggan ayah bersuara,

"Sedap betul mee Zah. Boleh buka warung depan rumah ni. Hantar Asma' pergi sekolah, lepas tu start masak. Fuh!"

Ada sekali tu saya hidang ayam masak merah. Mak kata sedap.

Nak tahu ayah komen apa?

"Sedapnya. Macam ni gaya boleh jual dah. Cukup rasa. Eh serius ni. Jual lah. Ayah boleh jadi runner. Oven kat dapur muat berapa ekor ayam? Kalau jadi bisnes kita tukar oven besar."

Pecah ketawa tukang masak dengar. Padahal ayam masak merah tak guna oven pun 😂

Terhibur sungguh. Hilang sakit pinggang berdiri lama di dapur. Walhal saya tahu masakan saya sangat sederhana. Namun terasa dihargai sebaiknya.

Alhamdulillah.


Hakikatnya, itulah pemandangan di meja makan sejak kecil. Ayah akan puji apa jua air tangan mak. Di hadapan kami.

"Alhamdulillah. This is the best dinner for today!"

Ayat legend ayah. Riuh kami gelak ketawa di meja. Sebab dinner memang sekali sehari kan 😂

Bila kami dah besar ayah puji masakan anak dan menantu. Jarang ayah komen sepatah. Mesti ada extra feedback yang selalu buat kami ketawa terhibur.

Dan mak p**a akan berterima kasih untuk setiap masakan yang terhidang. Sedangkan apalah sangat nak dibandingkan dengan air tangan mak sepanjang membesarkan kami.


Ini bukan post bercerita kesedapan masakan sendiri. Tidak sama sekali.

Namun melalui mak ayah,

Kami belajar betapa mudahnya menggembirakan orang dengan kata-kata yang baik.

Perkataan yang baik akan pergi jauh. Meresap masuk ke dalam hati pendengar. Lantas memberatkan neraca amal soleh kita.

Insya-Allah.

Perkataan yang buruk juga akan pergi jauh.
Menykitkan hati pendengar. Lalu menjadi pemberat dsa. Melambatkan urusan kita memasuki syurga.

Nauzubillah.

Maka, selagi bernyawa, hati-hati memilih perkataan kita. Moga setiap patah kata menjadi penyelamat di akhirat sana. Di saat mulut ini tidak lagi boleh bersuara mempertahankan kita.


Terima kasih ayah.

Terima kasih mak.

Terima kasih ibu ayah semua.

Syurgalah buat kalian yang mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik. Moga Allah izinkan kita semua berkumpul di sebaik-baik tempat di Syurga.

Yang padanya 'mereka tak akan mendengar percakapan yang sia-sia dan yang menimbulkan dosa'. (Al-Waqiah:25)

Aamiin ya Mujib.
Copy and paste
Anak yang menyerap pelbagai kisah,
'Azizah Mohamed.

Daging dendeng dibuka utk jualan dan tempahan.1kg RM70.001/2 kg RM35.00
28/03/2024

Daging dendeng dibuka utk jualan dan tempahan.
1kg RM70.00
1/2 kg RM35.00

15/03/2024

Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka p**ang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang p**a sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada semua pembaca..

Copy and paste

Pasta@Evoke telah mula beroperasi 6ptg hingga 12 malam
23/08/2023

Pasta@Evoke telah mula beroperasi 6ptg hingga 12 malam

Alhamdulilah.... De chef Table akan beroperasi tak lama lagi dengan  jenama baru Pasta@EVOKE di Evoke foodcourt Permatan...
11/08/2023

Alhamdulilah.... De chef Table akan beroperasi tak lama lagi dengan jenama baru Pasta@EVOKE di Evoke foodcourt Permatang Pauh, Penang. Western & Fusion disajikan bersama pelbagai pilihan Minuman coffee yang menarik. Jumpa anda di sana......

Kedai hujung berdekatan taman mainan

08/08/2023



JIKA GAJI RM1500 BOLEHKAH HIDUP?

Jika ini kadar gaji minimum graduan luar bandar, bolehkah hidup?

1. Makan sarapan, tenghari, malam. Tanpa minum petang.
RM5 sarapan
RM10 makan tengahari
RM10 makan malam.

RM25 x 30= RM750

2. Bayar Motor + minyak = RM250.

3. Hutang PTPTN = RM150

4. Bil hp dan internet = RM100

5. Sewa bilik = RM250

Jumlah semua RM1500 cukup cukup. Alhamdulillah boleh hidup.

Tak ada Simpanan dan Perlindungan.

Jika tetiba kena buang kerja.
Sumbangan ibubapa tiada,
Sakit, kemalangan, cacat.

Maka itu sahaja yang dapat.

Maka graduan ini terpaksa cari kerja tambahan. Kerja 8 jam dipejabat, tambah lagi 4 jam kerja sampai malam.

Kualiti hidup, bersosial, mental health, rehat, perbaiki skill hidup langsung tiada.

Kita mula kata mereka graduan lemah, tidak bertenaga, tiada kemahiran baru, lemah mental.

Siapa yang bertanggujawab akhirnya?
Copy and paste
Azizul Azli Ahmad

Address

Pasta@EVOKE, EVOKE Foodcourt, PERDA, PERMATANG PAUH
Penang
13700

Opening Hours

Monday 17:00 - 01:00
Tuesday 17:00 - 01:00
Wednesday 17:00 - 01:00
Thursday 17:00 - 01:00
Friday 17:00 - 01:00
Saturday 17:00 - 01:00

Telephone

+60137960722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De Chef Table posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share