23/12/2021
Kepada semua pelanggan yang dihormati.. Kami memohon maaf kerana terpaksa menghentikan operasi perniagaan kami buat sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan, pembaik pulihan dan penyelenggaraan Cafe akibat dilanda banjir besar pada pagi Sabtu 18-12-2021 baru-baru ini. Banjir kali merupakan yang paling buruk pernah terjadi setakat ini. Keseluruhan Cafe kami telah di tenggelam air setinggi hampir 3 kaki dan banyak peralatan elektrik dan peralatan dapur yang ditenggelami air dan akan mengambil masa untuk dibaik pulih.
Tebing sungai juga telah di hakis teruk oleh air dan hanya tinggal lebih kurang 5 kaki sahaja lagi untuk sampai ke struktur bangunan kedai... Sekiranya terjadi lagi banjir skala yang sama tidak mustahil bangunan Cafe kami akan di hanyut kan air... Semoga perkara sebegini di jauhi Allah...
Jika semua berjalan lancar Insyaa Allah kami akan kembali beroperasi semula pada minggu hadapan....