Nasi Ketagih Parit Raja

Nasi Ketagih Parit Raja Menjual set nasi istimewa nasi utama nasi kuning. gabungan nasi kandar + nasi ganja tapi orang jawa punya air tangan. 🤭❤️ habis awal tutup awal. 🫰

Cuti selasa dan rabu
Operasi jam 9 pagi - 4 ptg.

01/05/2026

Orang tanya, "selain berniaga Nasi Ketagih Parit Raja ni, kau buat apa lagi?"
Kami jawab, "tak ada, niaga ni je."

Muka tak percaya, "Ada cawangan lain ke? Takkan la satu tempat ni je. Cukup ke kewangan, dengan nak sara anak, dengan harga barang makin naik, ekonomi keluarga kena stabil tau."

Kami hanya senyum. Soalan yang sama sejak kami suami isteri mula berniaga.

Bermula awal tahun 2017 dulu, tawakal balik ke kampung, niaga pasar malam sana sini, kemudian buka khemah di tepi kolej pendidikan, berpindah ke taman yang baru nak membangun sehingga sekarang pesat bangun. Dari berniaga di bawah khemah, kini berniaga dalam 'kotak' kiosk, kami selalu percaya ; rezeki itu pasti ada meski ada yang membenci, meski ada yang dengki, meski ada yang menjauh, meski ada yang tak puas hati.

Rezeki atas dunia ni semuanya ada bahagian untuk kita, jangan khuatir apapun pekerjaan dan usaha kita lakukan untuk bahagiakan keluarga. Asalkan halal, yang sikit pasti jadi cukup.

Nasi Ketagih Parit Raja ni boleh minta kuah campur macam ni haaaaa.... Kalau tak berkenan kuah campur, jangan risau... k...
05/04/2026

Nasi Ketagih Parit Raja ni boleh minta kuah campur macam ni haaaaa.... Kalau tak berkenan kuah campur, jangan risau... kita ada je asingkan kuah2nya. 😁

Ingat ya, kami dah tak niaga kat tapak lama tepi Lotus tu, kami dah pindah di kiosk ; bahagian depan Taman U Parit Raja, berdepan dengan kedai Kopi Saigon.

Insya-Allah bahagian depan kiosk kami, bagilah ruang sikit untuk pelanggan kami parkir dan singgah beli ya. 👉👈 Ini idokkkk, awak parkir pas tu gi mana entah berejam2... 😞🥺

Terima kasih semua pelanggan baru dan tetap yang sudi singgah membeli Nasi Ketagih Parit Raja  dan nasi lemak kukus kami...
04/03/2026

Terima kasih semua pelanggan baru dan tetap yang sudi singgah membeli Nasi Ketagih Parit Raja dan nasi lemak kukus kami di bzr rmdn tmn u.
Untuk munjung, boleh oder awal 0177234406.
Jangan lupa ya, kami buka setiap hari insya-Allah jam 3-7ptg. ☺️☺️☺️

Nasi Ketagih Parit Raja on di bazar rmdn tmn u parit raja, bermula puasa kedua. Boleh juga oder awal untuk munjung. 🥰017...
19/02/2026

Nasi Ketagih Parit Raja on di bazar rmdn tmn u parit raja, bermula puasa kedua. Boleh juga oder awal untuk munjung. 🥰
017-723 4406

15/02/2026

Alhamdulillah penutup oder bufet majlis kahwin sebelum niaga Nasi Ketagih Parit Raja di bazar ramadan tmn u p**a bulan puasa ni, hari puasa yang kedua. Bersedia untuk oder munjung juga.
*kiosk di tmn u kami off sampai raya seminggu.

Orang tanyakan kami, "macam mana Nasi Ketagih Parit Raja niaga kat kiosk?"Kami jawab, "walau tak sehebat kat tapak niaga...
11/02/2026

Orang tanyakan kami, "macam mana Nasi Ketagih Parit Raja niaga kat kiosk?"

Kami jawab, "walau tak sehebat kat tapak niaga lama, tapi makin hari, makin okey. Mungkin pelanggan lama dah mula tahu, nampak waktu lalu, pelanggan baru pun makin bertambah. Lega rasanya..."

"Kau kena promosi lebih, kau kena pakai banner lagi besar, kau kena tampal kat tapak lama kau, supaya pelanggan lama kau tahu kau dah pindah."

"Insya-Allah, semuanya akan baik2 je... Syukur masih diberi peluang berniaga kat kiosk p**a. Lebih redup, kurang sikit penatnya sebab tak payah angkat buka tutup khemah."

"Kenapa kau pilih kiosk? Padahal boleh je kau terus niaga kat tapak biasa."

"Ada sebab dan perancangan pihak &£ #@, kita ikut je la..."

"Lalu kat tapak biasa Nasi Ketagih Parit Raja niaga macam dah berapa hari tak ada... Nasib baik lalu depan Taman U ni, e...
24/01/2026

"Lalu kat tapak biasa Nasi Ketagih Parit Raja niaga macam dah berapa hari tak ada... Nasib baik lalu depan Taman U ni, eh, nampak banner. Tu yg terus singgah beli."

Harga, rasa masakan, lauk-pauk kami masih tetap sama tau... Walau berbeza lokasi, dulu buka khemah sekarang buka kiosk. 🫣

Terima kasih pelanggan lama, yang mencari kami dan rindu masakan kami. Yang baru nak mencuba makan nasi kuning kami, harap kena selera... Maaf salah silap kami sepanjang mencari rezeki.

Hari ni Nasi Ketagih Parit Raja mula berniaga di kiosk tapi masih dalam Taman Universiti Parit Raja.Untuk hari pertama h...
22/01/2026

Hari ni Nasi Ketagih Parit Raja mula berniaga di kiosk tapi masih dalam Taman Universiti Parit Raja.

Untuk hari pertama hari ni, alhamdulillah... pelanggan baru dan pelanggan tetap masih setia membeli.

Walau berat hati nak berpindah ke kiosk, tapi demi mencari rezeki halal, kami tawakal setelah berusaha.

Doakan ya....

Penutup 2025 dan pembuka 2026. Alhamdulillah 🤲, rezeki tu Allah beri dalam pelbagai cara kepada setiap hamba-Nya.Apabila...
01/01/2026

Penutup 2025 dan pembuka 2026. Alhamdulillah 🤲, rezeki tu Allah beri dalam pelbagai cara kepada setiap hamba-Nya.

Apabila terbinanya kiosk di beberapa tempat sekitar Batu Pahat, membawa erti ; peniaga buka khemah di tepi jalan juga akan mengalami pengurangan sekali gus, 'larangan' akan dikuatkuasa sama ada cepat atau lambat.

Setelah kami bertawakal, merisau sesama sendiri, "entah kita ni dapat kiosk tak kan?" "Kalau tak dapat macam mana kan, kita nak niaga kat mana?"

Kami ikut langkah demi langkah, walau kepastiannya belum tentu. Dengan banyak persaingan dan jumlah peniaga yang banyak, hanya 10 kiosk yang disediakan di tempat kami.

Alhamdulillah, kami berjaya.

Walau sedih nak tinggalkan tapak asal yang dah lama kami mencari rezeki, situ jugalah pelanggan kenal Nasi Ketagih Parit Raja.

Walau belum tentu nasib atau rezeki kami di kiosk kelak, tapi kami yakin masih ada pelanggan akan setia mencari kami.

Walau orang awam cakap macam2 tentang kiosk, dan ada juga mulut2 bercakap berkenaan 'kroni' dalam pemilihan, tapi kami tahu kiosk ni antara usaha untuk membantu kami peniaga tepi jalan.

Walau kami tahu berebut peniaga2 baru akan berniaga di tapak lama kami, sementara arahan sepenuhnya.

Walau kami risaukan juga kawan2 sama berniaga kami, insya-Allah ada jalan dan bantuan daripada pihak berlesen.

Itulah adat berniaga, rezeki kami dan kebergantungan kami terhadap Allah, sangat tinggi dan memupuk sikap sabar dan tawakal. Selain daripada usaha yang tak pernah putus.

Sedangkan nak cari pekerja di kedai makan pun susah dan bertukar ganti, inikan pekerjaan di bawah khemah macam kami. Lam...
29/12/2025

Sedangkan nak cari pekerja di kedai makan pun susah dan bertukar ganti, inikan pekerjaan di bawah khemah macam kami.

Lama mana pun pekerja tu dah bekerja dengan kami, jika bukan rezeki, kami kena 'move on' walau sedih.

Kami tak hirau tanggapan orang, kata2 orang, fikiran orang. "Laaaa kenapa pekerjanya berhenti?" Kami jawab, "Tak apa, dia nak cari pengalaman tempat lain yang lebih baik."

Macam mana pun, perniagaan kena diteruskan. Isunya bukan nak beritahu, bila ada pekerja ; baru nampak hebat perniagaan. Tidak!

Tapi pekerja diperlukan untuk lancarkan perniagaan, supaya pelanggan puas hati. Bukan ada sesetengah tanggapan peniaga, biar 'sidai' pelanggan supaya orang nampak jualan kita laku. Biar lambat2 layan pelanggan, supaya lagi ramai yang beratur. Jangan!

Pekerja boleh datang dan pergi,
pekerja boleh tiba2 saja berhenti tanpa kata terakhir,
TAK APA. ☺️
Kami tetap anggap pekerja punca kami maju,
Kami tetap anggap dia boleh berhenti kerja, bukan menghentikan hubungan yang pernah ada.

Ini bukan isu, "berniaga tepi jalan pun nak pekerja bagai."
Ini bukan pasal, "pekerja berhenti, ada yang tak kena la tu."

Tapi ini tentang,
"Kami perlukan pekerja untuk perniagaan kami jadi lebih lancar."

Jadi jangan pelik kalau nampak kami laki bini bekerja semula di bawah khemah... 🫣 Doakan ya, kami dapat pekerja yang boleh bekerja. 🤲

Memegang lesen penjaja sejak PKP 2021 (walau dah hampir 9 tahun berniaga di kawasan yang sama), di Taman Universiti ; me...
03/12/2025

Memegang lesen penjaja sejak PKP 2021 (walau dah hampir 9 tahun berniaga di kawasan yang sama), di Taman Universiti ; membayar tanpa culas dan komited dengan syarat2 berniaga buka khemah ; salah satunya kemas setiap kali tamat berniaga setiap hari ; hingga tak ada sesiapa sedar tapak tersebut pernah dijadikan tapak berniaga ; bersih dan kemas.

Banyak s**a duka memegang lesen penjaja ni ; antaranya ;
1. orang tak percaya (kata kami buat cerita) wujudnya lesen penjaja kami, syukur lesen ni diberi sempena Covid-19 dan atas budi ihsan orang berpengaruh dan berjawatan.
2. perebutan tapak terus berlaku terutama penambahan peniaga yang bercambah banyak bak cendawan lepas hujan ; atas faktor tumpuan Taman Universiti dalam kalangan pelajar institusi berhampiran dan fokus utama pelanggan semenjak wujudnya Lotus/Tesco, dan beberapa tempat penginapan untuk para pelajar.
3. Cabaran kami semua melindungi nama baik penjaja sama ada yang berlesen mahupun tidak, salah faham yang banyak berlaku hingga ada beberapa ahli penjaja dilabel sebagai 'gengster kawasan' atau 'ketua'.
4. Keluar masuk penjaja yang asalnya memakai gelaran 'road tour' tetapi tidak mendapat kebenaran berwajib hingga menyebabkan beberapa masalah seperti parkir di kawasan yang mengganggu pergerakan kenderaan lain ; sekali gus banyak repot/aduan diterima oleh pihak berkuasa.
5. Pihak bertanggungjawab tidak dapat menjalankan tugas yang sepatutnya dalam mengawal peniaga yang menjaja kerana beberapa halangan dan tidak mahu digelar menutup/menghalang periuk nasi para peniaga.

Dan kini... tamatlah sudah lesen kami bila pihak bertanggungjawab memutuskan, "tiada lagi lesen penjaja akan diberikan sekali gus tidak boleh diperbaharui lagi."

Adakah semuanya akan tamat selepas arahan itu? Adakah kami sebagai peniaga bergelar 'penjaja tepi jalan' akan berubah bentuk perniagaan atau terpaksa mencari premis berbentuk 'kedai'?

Address

Parit Raja

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+60177234406

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Ketagih Parit Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Nasi Ketagih Parit Raja:

Share