Kedai Soto Mama Zulaika

Kedai Soto Mama Zulaika "Jom layan~ kami sudah berpindah ke Gerai Makanan Muslim No.8, sebelah Pasar Am Papar ya~

Kalau lambat turun gerai, ada 2 ja.. kalau bukan b*k karaja di rumah, biasanya telampau banyak iklan dari ni 2 org.... A...
22/06/2025

Kalau lambat turun gerai, ada 2 ja.. kalau bukan b*k karaja di rumah, biasanya telampau banyak iklan dari ni 2 org....

Allahumma bariklana pun boleh kalau Haura..

Durang bilang, Sabahan ni 99% buli nyanyi..Jd, yg 1%....Teruskan seja bah tanggungjawab kita.. jd tukan tepuk² tangan sa...
27/05/2025

Durang bilang, Sabahan ni 99% buli nyanyi..

Jd, yg 1%....

Teruskan seja bah tanggungjawab kita.. jd tukan tepuk² tangan sama komen² di sosmed....jangan ubah jawatan..

Apa pun..yg pasti, pure 100% SABAHAN misti s**a makan ada sup kan☺️?

Bah, jum siruk sup di Gerai Siurang..kasi hilang² itu kogutan, eh.. maaf, itu Kegalauan..

Lokasi: Gerai Makanan muslim, pasar am.(9 pagi- 4.30 petang.)



ISNIN – Mula Dengan Hati Lapar, Akhiri Dengan Syukur"Tak salah kalau pagi ni kau rasa letih menghadap dunia. Tapi jangan...
19/05/2025

ISNIN – Mula Dengan Hati Lapar, Akhiri Dengan Syukur

"Tak salah kalau pagi ni kau rasa letih menghadap dunia. Tapi jangan lupa isi perut, isi hati.

Kadang bahagia tu nda perlu tunggu hujung bulan, cukuplah satu mangkuk soto beserta satu doa ringkas,

'Bismillah, Ya Allah, cukupkan aku hari ini.'"

Kedai Soto Mama Zulaika,
Gerai makanan muslim, Pasar Am.
9 pagi - 4.30 petang

𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐈𝐓𝐔 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇" 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘵𝘪𝘭.." (𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘭-𝘉𝘢𝘲𝘢𝘳𝘢𝘩 : 188)kadang kita ...
14/05/2025

𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐈𝐓𝐔 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇

" 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘵𝘪𝘭.." (𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘭-𝘉𝘢𝘲𝘢𝘳𝘢𝘩 : 188)

kadang kita janji mau kawin, tapi sebenarnya kita cuma mau 'pinjam' duit dia. lepas tu hilang, tinggal kenangan yang tidak diblock.

Ingat, setiap janji itu akan ditanya. lebih baik jujur dari awal, Allah Maha Mengetahui apa di dalam hati.

𝗠𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗿𝘂, 𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸,
𝗶𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹.

𝗝𝗼𝗺 𝑏a𝑤a g𝑒r𝑒 𝑦a𝑛g i𝑘h𝑙a𝑠 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗶! 😁

"Hati Yang Keras Pun Akan Cair Dengan Kuah Panas…"Kadang-kadang, bukan perut yang lapar… tapi hati yang penat.Bila hirup...
14/05/2025

"Hati Yang Keras Pun Akan Cair Dengan Kuah Panas…"

Kadang-kadang, bukan perut yang lapar… tapi hati yang penat.

Bila hirup saja kuah panas dari Kedai Soto Mama Zulaika; yang pedas, masam, dan penuh kasih, hati yang keras pun perlahan-lahan cair..🤭

Kami pernah rasa… bila hati keras, lidah pun pahit. Tapi bila sup tu kena tekak… perlahan-lahan rasa pahit tu luntur.
Bukan kerana rasa, tapi kerana rehat. Kadang sup bukan buat kenyang pun (kecuali makan sama nasi🤣)… dia buat kita mula lembut balik..macam mi hun yang kena siram sup panas..

Datanglah singgah, rehat sekejap, dan biar kuah ni buat keajaiban.

Kedai Soto Mama Zulaika
Gerai makanan muslim, Pasar am, Papar.
9 pagi – 4.30 petang.

KAMI BUKA SUDAH🤗**Jom makan dulu!**Satu mangkuk soto panas boleh ubah mood satu hari.**KEDAI SOTO MAMA ZULAIKA**(Gerai M...
14/05/2025

KAMI BUKA SUDAH🤗

**Jom makan dulu!**

Satu mangkuk soto panas boleh ubah mood satu hari.

**KEDAI SOTO MAMA ZULAIKA**
(Gerai Makanan Muslim, Pasar Am)

9 pagi - 4:30 petang

“Bila dunia tolak kau, kami terima kau. Dengan kuah coto dan pedas sambal yang setia.”
13/05/2025

“Bila dunia tolak kau, kami terima kau. Dengan kuah coto dan pedas sambal yang setia.”

ASSALAMUALAIKUAM dan Salam sejahtera dari Kedai Soto Mama Zulaika!Pertama sekali, kami ingin ucapkan jutaan terima kasih...
12/05/2025

ASSALAMUALAIKUAM dan Salam sejahtera dari Kedai Soto Mama Zulaika!

Pertama sekali, kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami—datang dari dekat mahupun jauh, hujan ataupun panas.

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya:

– Ada hari kami buka lambat,

– Sup masih belum siap atau baru mulai mendidih,

– Gerai tutup tanpa notis,

– Atau servis agak perlahan sebab tenaga kerja yang limited edition.

_ Terjanji tapi termungkiri...

_ Tidak sambut call, tidak replay wasap atau tereply 2 tahun kemudian....

Realitinya, gerai ini kami urus secara kecil-kecilan...☺️

Kalau gerai tutup, bukan sebab kami kaya tiba-tiba. Mungkin sup belum masak, mungkin tukang masak tengah jadi DOKTOR tidak bertauliah di rumah.

Kadang kami diuji…

Suami tidak sihat, anak demam, sup enggan mendidih dengan sopan—macam-macam boleh jadi. Tapi kami tetap cuba yang terbaik, walau kadang tangan dua ni, rasa macam tak cukup sepuluh.

Kami hargai setiap senyuman, kesabaran, dan sokongan anda.

Dan kalau anda pernah kecewa, kami mohon maaf dari hati yang dalam—lebih dalam dari tong sup dapur kami.

Doakan kami terus kuat, sihat, dan mampu sediakan soto & coto atau menu lain yang buat hati anda tenang dan perut kenyang.

Jumpa anda di:

Gerai Makanan Muslim, Pasar Am Papar,

Setiap hari (kecuali hari kami jadi superhero di rumah)

9 pagi – 4.30 petang
(atau sampai sup habis)

Salam sayang dari dapur,

"KSMZ & Team Soto Berjiwa Kental"

Harga barang naik? Tapi perut tetap kena isi kan??Mari sini, kami kasi makan sampai senyum🤗Nasi lemak RM5 jakkk — dapat ...
10/05/2025

Harga barang naik? Tapi perut tetap kena isi kan??

Mari sini, kami kasi makan sampai senyum🤗

Nasi lemak RM5 jakkk — dapat sup FREE + sky juice peng FREE !!
(Bukan air paip, tenang…)

Mau gaya bebas?

Oder custom pun boleh bah kalau kau....

Contoh:
Sup Ayam RM5.50 + nasi boleh req RM1 ja... Cakap ja, tengah control ayu, diet-diet gituu…ambil menu ni..

NAK LAGI BAJET SAMPAI DOMPET PUN TEPUK TANGAN?

Sup kosong RM3.50 + bakso 5 biji RM1.50 = baru RM5!

Mau bawa nasi dari rumah?
Kami sokong usaha murni tu, adek!

TIADA BERAS?
Oder jak lah nasi bujang.. nasi +telur mata= RM3. Kami bg free sambal.

Asal perut tak mogok, kita kawan!

“Letupkan selera pagi anda dengan Nasi Lemak kami!”Nasi putih lemak berkrim, sambal manis yang menggoda, ikan bilis dan ...
08/05/2025

“Letupkan selera pagi anda dengan Nasi Lemak kami!”

Nasi putih lemak berkrim, sambal manis yang menggoda, ikan bilis dan kacang rangup, hirisan timun segar & telur rebus—semuanya ada di satu pinggan nikmat.

"Makan dengan Bismillah, pasti terasa lebih berkat!"

Kedai Soto Mama Zulaika,
Gerai Makanan Muslim,
Pasar Am, Papar.

Rasa sekali, langgan berkali-kali!

wasap gais 014-242-9089

Makluman Kenaikan Harga MenuBermula 8 Mei 2025Kepada pelanggan yg budiman,Terima kasih atas sokongan anda yang tidak ber...
08/05/2025

Makluman Kenaikan Harga Menu
Bermula 8 Mei 2025

Kepada pelanggan yg budiman,

Terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi kepada menu utama kami – Soto dan Coto Makassar –

Bermula 8 Mei 2025, beberapa menu akan mengalami penyesuaian harga berikutan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi semasa.

Walaupun berdepan cabaran ini, kami tetap komited untuk menyajikan hidangan berkualiti tinggi, lazat, dan penuh rasa seperti yang anda gemari.

Kami amat menghargai sokongan dan kefahaman anda.

✓ Rasa asli berpanjangan
✓ Kualiti dijaga
✓ Ikhlas dari dapur kami

Lokasi: Kedai Soto Mama Zulaika
Gerai Makanan Muslim, Pasar Am, Papar. ☺️ Terima kasih.

Kos bahan naik lg, terpaksa naikkan harga makanan. Kalau tidak, x tertampung komitment yang lain. Uhu..harap xdalah kast...
07/05/2025

Kos bahan naik lg, terpaksa naikkan harga makanan. Kalau tidak, x tertampung komitment yang lain.

Uhu..harap xdalah kastemer yang macam ini

"Saya memang jual mahal.. murah nanti lambat kaya sis!"

Padu jawapan seller, kadang2 memang kena bagi juga jawapan camni ikut keadaan😁

Address

Gerai Makanan Muslim No. 8, Pasar Am
Papar
89608

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60109483245

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Soto Mama Zulaika posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Kedai Soto Mama Zulaika:

Share

Category