Rahmatul Sharing

Rahmatul Sharing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rahmatul Sharing, Restaurant, PT9704, Jalan BBN 1/3C, BANDA BARU NILAI NILAI, Nilai.

25/12/2025

Belut ape nme nye ni

25/12/2025

Tahun depan nak ke mana agaknya??🫣🫣

02/10/2025

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur…Amalkan 4 perkara ini...
13/06/2025

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur…

Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur p**a dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.

Aamiin Semua Orang

: Umrah Eco

Senarai 15 pelajar UPSI yang maut. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban.Al-fatihah (dibaca) ‎...
09/06/2025

Senarai 15 pelajar UPSI yang maut. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban.

Al-fatihah (dibaca)
‎بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin.

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Tadi lalu di wall saya ni. Tiktok Shuib. Dia cerita tentang satu kisah…Masa tu arwah Siti Sarah masih ada. Tengah sarat ...
07/06/2025

Tadi lalu di wall saya ni. Tiktok Shuib. Dia cerita tentang satu kisah…Masa tu arwah Siti Sarah masih ada. Tengah sarat mengandung…

Menjadi kebiasaan Shuib buatkan makanan untuk arwah jam 11-12 malam macam tu.

Tapi hari tu jam 2-3 pagi gitu, arwah kejut Shuib dan kata dia lapar. Dia minta nasi. Lauknya nak telur mata dan kicap. Shuib penat. Dah jam 2 pagi. Lagipun esok dia ada kerja. Tapi Sarah merayu kata dia teringin.

Akhirnya Shuib buat juga. Walaupun dalam keadaan marah. Dan masa dia baring semula nak tidur tu, dia nampak Sarah makan. Selera sungguh. Walau cuma berlaukkan telur kicap.

Jadi Shuib kata dia rasa terkilan sebab 'termarah' walau dalam hati. Tapi mujur dia buat jugak. Jika tidak tentu dia akan lebih terkilan lagi.

Dan dia pesan. Selama mana boleh buat baik dengan orang keliling, buatlah baik dengan cara terbaik. Terutama orang yang kita sayang. Sebab kita tak tahu bila orang itu akan pergi tinggalkan kita. Buatlah dengan sehabis ikhlas.

Buat baik pada orang terutama ahli keluarga sendiri kesannya bukan pada orang tu pun. Tapi pada diri kita sendiri juga. Supaya kita puas hati bagi sepuas hati apa yang kita boleh selama kita boleh. Supaya kita takda rasa apa-apa kekurangan dan penyesalan sebab tak sempat buat kebaikan saat dia perlu. Dan saat kita mampu.

Buat benda macam ni kadang masa nak buat tu memang penat. Lagi-lagi kalau kita sendiri pun tengah tak larat. Tapi penat lagi bila tak sempat buat.

Penat yang lebih mendalam. Dan lebih lama.....

Kredit : Siti Suryani Yaakop

04/06/2025

Baru balik kerja, budk2 ni ada kt rumah p**ak dh.

"Pak ngah babi boleh mkn tak"

Me : tak boleh. Haram

"Eh apa p**ak! boleh, kan dia ada mulut"

lamaaa lagi ke cuti sekolah. 😭😭😭😭😭

Isteri-isteri….Kena ambil tahu.Jangan buat-buat tak tahu.Jangan buat keras kepala.Andainya suami kita meninggal dunia……1...
06/11/2024

Isteri-isteri….

Kena ambil tahu.
Jangan buat-buat tak tahu.
Jangan buat keras kepala.

Andainya suami kita meninggal dunia……

1- Hari pertama meninggal, kita sudah berada dalam iddah. 4 bulan 10 hari.

2- Tidak boleh menghantar jenazah suami di perkuburan.

3- Kita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebab. Kenduri kendara tidak dibenarkan. Pergilah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

4- Tidak boleh berhias, makeup, pakai baju lawa-lawa.

# Gelang emas tidak perlu pakai. Dan perlu ditanggalkan kerana tiada keperluan. Sebab kita berhias hanya untuk suami. Pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

Perkara yang kita perlu tahu kadang-kadang kita terlepas pandang.
Kredit Dk-kd-haron

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian HidupWaktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk ...
26/10/2024

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup

Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.

Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.

Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
- Kereta mula meragam
- Rumah mula nak bocor sana sini
- Yuran sekolah anak makin naik
- Mula banyak orang benci kita
- Hubungan dengan mertua
- Isteri mula merungut tak cukup makan
- Suami stress gaji kena potong
- Rumahtangga mula goyang
- Badan mula sakit sana sakit sini
- Badan dah tak fit
- Bawa kereta cepat mengantuk
- Hutang keliling pinggang
- Ah Long mula kejar
- Hubungan adik-beradik mula renggang

Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?

Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.

Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”

Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.

Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.

Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!

Hassan Adli

Jiwa Tenang

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling...
23/08/2024

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Jika kita menjadi seorang suami, jadilah suami yang mendamaikan jiwa isteri.
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa

Siapa duga dan sangka ,saat kudrat dengan kesihatan yang baik ,tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik!

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu semuanya di syurga الله❤️.

Kredit : Sue zakaria

Address

PT9704, Jalan BBN 1/3C, BANDA BARU NILAI NILAI
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 11:00 - 00:00
Tuesday 13:00 - 00:00
Wednesday 13:00 - 00:00
Thursday 13:00 - 00:00
Friday 02:00 - 13:00
Saturday 13:00 - 00:00
Sunday 13:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahmatul Sharing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category