Lontong & Such

Lontong & Such A neighbourhood cafe inside Kemuncak Condominium Seksyen 9 Shah Alam Available on Grab Food

Salam Maulidurasul diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Kafe bukak hari ni taw. Jemput ...
25/08/2026

Salam Maulidurasul diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Kafe bukak hari ni taw. Jemput datang ek?

Assalamualaikum & Good Mooornink Semua Jiran & Pelanggan Setia Lontong & Such Cafe di mana jua anda berada! ❤️ Pak Ajela...
01/08/2026

Assalamualaikum & Good Mooornink Semua Jiran & Pelanggan Setia Lontong & Such Cafe di mana jua anda berada! ❤️

Pak Ajelan nak kongsikan sikit khabar penting. Mulai Selasa, 4 Ogos 2026, Lontong & Such Cafe akan buat perubahan besar dari segi menu dan waktu operasi baru.

Mesti ramai tertanya-tanya, "Kenapa buat perubahan ni Pak Ajelan?"

Jujurnya, bila kami duduk dan kaji balik, kami sedar kami dah terlepas satu golongan jiran yang sangat besar—iaitu keluarga yang bekerja. Bila balik kerja petang-petang, mesti you all pening nak makan apa untuk malam nanti kan? Menu lama kami p**a banyak hidangan ringkas dan kurang 'big ticket items' (menu utama yang lebih mengenyangkan untuk sekeluarga).

Kami juga percaya rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. Bila tengok ada jiran kat Kemuncak ni yang mula berjinak-jinak mencari rezeki dari rumah, sejujurnya kami rasa sangat tersentuh dan faham sangat perasaannya. Lontong & Such sendiri pun bermula dari rumah dulu pada tahun 2016 di SS3, Petaling Jaya—masa tu kami cuma menjual roti, pastri, dan Cinnamon Rolls secara kecil-kecilan dari dapur rumah sendiri. Jadi kami tahu sangat bagaimana rasanya di fasa permulaan itu. Sebab itu, kami tumpang gembira dan menyokong penuh usaha murni jiran-jiran kita.

Oleh itu, kami susun semula waktu operasi dan memperkenalkan Set Pre-Order Makan Tengahari & Makan Malam khas untuk jiran-jiran bawa balik!

📌 WAKTU OPERASI & HARI CUTI BAHARU:
• Selasa hingga Jumaat: BUKA 10.00 am – 6.30 pm (Rehat Jumaat: 1.00 pm – 2.30 pm)
• Sabtu & Ahad Minggu GANJIL (Minggu ke-1, ke-3, & ke-5): BUKA 9.00 am – 5.00 pm
• Hari Ahad Nombor GENAP (Minggu ke-2 & ke-4): TUTUP
• Hari Isnin: TUTUP SETIAP MINGGU
(Jadual baru ini membolehkan kami sekeluarga dan team dapur rehat dengan cukup supaya kualiti masakan dan senyuman di kedai sentiasa manis!) 😁

Jemput singgah untuk cuba menu-menu baharu kami seperti Chicken Chop Gedabaq dan Nuggets & Fries ya!!

Ikhlas dari,
Pak Ajelan, Azie & Warga Lontong & Such Café
Untuk sebarang Pertanyaan / Pre-Order WhatsApp: 017-623 7813

As salam and hi all,After weeks of juggling different combinations, finally we reached a compromise and decided to go do...
31/07/2026

As salam and hi all,

After weeks of juggling different combinations, finally we reached a compromise and decided to go down this road. We felt the new Operating Hour needed to have a balance between catering for an evening dinner tapau session, an afternoon tea with some neighbours, a breakfast makan with family and friends, and also encapsulates some weekends to spend with my ailing mother, and a weekday for us to sort out official business.

We hope that its not that confusing, and just in case, we've spelt out the exact Sundays where we will be closed for some well earned rest and relax.

Ok then, just so you all know, we are officially taking our first Monday off day this coming Monday 3rd Aug, and starting our new week on Tuesday 4th Aug 2026.

Got a question about our new Operating Hours? Give me a call or just send a WhatsApp to 017 623 7813 aite?

Buat Semua Pelanggan yang Kami Hargai di Kemuncak Condo, Shah Alam, Subang Jaya, dan Petaling Jaya,Perubahan itu bukanny...
30/07/2026

Buat Semua Pelanggan yang Kami Hargai di Kemuncak Condo, Shah Alam, Subang Jaya, dan Petaling Jaya,

Perubahan itu bukannya berpunca daripada keinginan untuk buat banyak perkara. Selalunya, ia lahir daripada hasrat untuk buat sesuatu dengan lebih baik.

Sepanjang beberapa bulan ini, kami perhatikan rutin harian komuniti di sini. Langkah lesu bila p**ang bekerja, keinginan untuk nikmati hidangan panas menjelang malam, dan rasa teringin untuk duduk makan bersama keluarga tanpa perlu sibuk di dapur.

Satu soalan yang sering menerjah fikiran kami: Adakah perkhidmatan kami selama ini benar-benar memenuhi apa yang anda harapkan?

Oleh itu, menjelang hujung minggu ini, Lontong & Such Cafe ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua.

Kami telah mengemaskini waktu operasi, menyusun semula mutu sajian, dan menyediakan barisan menu baharu yang dirancang khas demi satu perkara sahaja—keselesaan dan kepuasan anda. Kami kemaskan fokus kami untuk memberikan sajian malam yang padu serta set hidangan keluarga yang lebih praktikal untuk rutin seharian anda.

Kami belum nak bongkarkan semuanya lagi. Tetapi ketahuilah, setiap susunan masa yang diubah dan setiap menu baharu yang bakal keluar dari dapur kami, semuanya disusun khas buat anda.

Kerana bagi kami, nilai hospitaliti yang sebenar bukan sekadar tentang menghidangkan makanan. Ia adalah tentang memastikan anda rasa benar-benar dijaga dan dihargai.

Segalanya akan kami kongsikan hujung minggu ini. Kami tak sabar untuk menyambut kedatangan anda ke Your Neighbourhood Makan Place.

Salam ikhlas,

Pak Ajelan, Azie & Pas**an Lontong & Such

As salam jiran-jiran di Kemuncak Condo, semua orang Shah Alam dan follower Lontong & Such yang sporting lagi baik hati. ...
24/07/2026

As salam jiran-jiran di Kemuncak Condo, semua orang Shah Alam dan follower Lontong & Such yang sporting lagi baik hati. Hai semua, Pak Ajelan ni. Apa khabar you all?

Dengar kata mulai 1 Ogos 2026 ni, penjawat awam kena WFH dua hari seminggu. Jimat minyak, jimat tol, kurang jem, memang bagus idea tu. Tapi jujur cakaplah, duduk rumah hari-hari mesti rasa bosan jugak kan?

So, Pak Ajelan nak ajak you all ke sini. Lontong & Such Cafe tepi kolam — sejuk, ada angin sepoi-sepoi bahasa Tamil, plug point pun banyak. Boleh bukak laptop, join Zoom meeting, siapkan kerja. Sambil tu layan air kolam yang tenang. You all tak payah masak, tapi yang paling best.......tak payah basuh pinggannnn. Kalau Pak Ajelan ada, saya mainkan lagu Rock Kapak supaya kita boleh layan sama2 sambil buat kerja.......

Kami ada WFH Poolside Kombo RM18 je. Dapat dua hidangan taw — sarapan satu, main course satu. Dapat tiga gelas minuman p**ak tu, panas ke sejuk ke, ikut s**a. Kalau you all buat kira-kira sendiri, confirm lagi jimat dari makan kat kantin pejabat. Dan confirm lagi berkhasiat dari makan Maggi Cup dekat rumah kann?

Tapi Pak Ajelan nak bagitau, meja tepi kolam ni tak banyak. Siapa cepat, dia dapat ok? Nak tempah slot pagi ke tengahari ke, call atau WhatsApp Pak Ajelan aje. 017 623 7813. Saya tolong aturkan.

Jom singgah. Work from poolside. Santai, tapi fokus. Jumpa nanti ek!! (Sori, gambar2 ni AI buat taw, tapi yang ori akan nampak lagi gempak dan menyelerakan...)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga komuniti yang kami hormati,Saya Azlan, pemilik kafe kecil anda, Lon...
22/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga komuniti yang kami hormati,

Saya Azlan, pemilik kafe kecil anda, Lontong & Such Cafe.

Sejak kami berpindah ke Kemuncak Condominium pada tahun 2023, kami sentiasa berasa bertuah dapat menjadi sebahagian daripada Komuniti Kemuncak Resident yang harmoni ini. Sepanjang tempoh ini, kami berusaha sebaik mungkin untuk bukan sahaja menghidangkan sajian terbaik, tetapi juga menjadi rakan kejiranan yang sentiasa menyokong dan aktif dalam setiap usaha komuniti kita bersama.

Seperti kebanyakan kita di sini, kami juga merupakan perniagaan kecil tempatan yang sedang berjuang dan bertahan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang serba mencabar sekarang. Sambutan dan kunjungan daripada anda semua adalah nadi utama yang membolehkan pintu kedai kami kekal terbuka setiap hari.

Di Lontong & Such Cafe, setiap hidangan yang disajikan adalah resipi warisan keluarga yang kami sediakan sendiri secara tradisional dari awal (made from scratch). Kami memilih bahan-bahan segar setiap hari untuk memastikan kualiti, rasa, dan kebersihan makanan kekal terjaga demi sajian terbaik buat anda sekeluarga.

Matlamat kami sangat ringkas: kami ingin terus berkhidmat, menyajikan hidangan jujur dari dapur kami, dan tumbuh bersama-sama kejiranan yang kita cintai ini. Setiap pinggan lontong dan cawan kopi yang disajikan adalah hasil usaha gigih kami untuk mencari rezeki yang halal di sini.

Sokongan kecil daripada anda—sama ada singgah bersarapan, makan tengah hari, atau sekadar menyapa kami—amat berharga dan bermakna buat kami sekeluarga dan tenaga kerja di Lontong & Such Cafe.

Terima kasih atas segala kebaikan, sokongan, dan persahabatan yang telah dihulurkan sepanjang masa ini. Semoga komuniti kita kekal erat, saling menyokong, dan dilimpahi rezeki bersama.

Jemputlah singgah bila-bila masa, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda semua!

Salam mesra dan ikhlas,
Azlan, Azie & Zahid
Lontong & Such Cafe

As salam semua.  Silalah order kat Food Panda ya?
17/07/2026

As salam semua. Silalah order kat Food Panda ya?

Khabar gembira buat warga Shah Alam. 🐼Mulai esok jam 8:30 pagi, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya untu...
14/07/2026

Khabar gembira buat warga Shah Alam. 🐼

Mulai esok jam 8:30 pagi, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya untuk menikmati hidangan warisan kami. Lontong & Such Cafe kini dibawakan terus ke pintu rumah atau pejabat anda melalui Food Panda.

👉 Cara memesan: Buka aplikasi Food Panda dan taip "Lontong & Such Cafe (Kemuncak Condominium)".

Sila rujuk poster di bawah untuk melihat 5 menu utama pilihan ramai yang kami sediakan, waktu operasi, serta talian terus untuk berhubung dengan Pak Ajelan. Jumpa esok pagi ek! 🍲✨

The wait is officially over. 🐼Starting tomorrow morning at 8:30 AM, your favourite comfort food is just a few taps away....
14/07/2026

The wait is officially over. 🐼

Starting tomorrow morning at 8:30 AM, your favourite comfort food is just a few taps away. Skip the Shah Alam traffic and let us bring breakfast or lunch straight to you.

👉 How to find us: Open Food Panda and search "Lontong & Such Cafe (Kemuncak Condominium)".

Check out the poster below for our curated launch menu, our operating hours on the Food Panda App, and how you can get in touch with Pak Ajelan directly for any special requests. We can't wait to cook for you guys tomorrow! 🍲✨

Please be informed.
11/07/2026

Please be informed.

Address

Kemuncak Condominium, Jalan Tuanku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00
Saturday 08:00 - 16:00

Telephone

+60176237813

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lontong & Such posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Restaurant

Send a message to Lontong & Such:

Shortcuts

Share

Category