Donna's kitchen

Donna's kitchen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Donna's kitchen, Caterer, 新加望, Muar.

https://www.facebook.com/1728334454150513/posts/3237961179854492/
12/08/2022

https://www.facebook.com/1728334454150513/posts/3237961179854492/

Cara buat tempe gerenti jadi

Anggaran sukatan
1 kilo kacang soya
1 sudu ragi
1 sudu tepung jagung

1) Mula rendam kacang soya selama 5 jam.

2)Lepas tu rebus kacang selama 25 minit tutup api biar kan kacang soya tu terendam semalam dalam air rebusan tu.

3) Buang air rebusan tu basuh kacang soya sambil di ramas2 untuk buang kulitnya ...bilas beberapa kali sampai kulit nya habis semua.

4)Rebus lagi kacang soya selama 25 minit

5)Tos kan air nya...lepas tu kacang soya di keringkan sampai betul2 kering ( tak perlu bilas)

6)Dah kering gaul kan kacang soya dengan ragi + tepung jagung
Ragi tu Akak beli kat shoppe rm 4 100 gm. 100 gm tu boleh 2 kali buat tempe.

7)lepas tu masukkan dalam plastik di seal lepas tu di cucuk2 dengan lidi.( Kalau nak tempe gemuk letak padat2)

8)simpan tempe dia tempat gelap dan panas semalaman.

9) jangan di tindan2 yer.letak satu2 dalam bakul. tutup dengan surat khabar pun ok.

Ikut betul2 cara di atas...Insha Allah menjadi....dah boleh buat busines tempe.

https://www.facebook.com/1728334454150513/posts/3169978326652778/
16/05/2022

https://www.facebook.com/1728334454150513/posts/3169978326652778/

RENDANG PADANG ASLI RESEPI DARI PADANG, indonesia

Tadi saya terjumpa satu resepi rendang padang dari satu laman web indonesia. Dia kata memang rendang padang asli dulu dulu.
Jadi saya pun terus buat.....mmmmm boleh dipercayai sebab cara membuatnya adalah berlainan sedikit dari yang selalu saya buat.
Warna dia pun lain . Rasanya macam rendang daging padang yang boleh dipercayai sebagai " asli".

Rendang padang kena guna santan dari 3 biji kelapa Untuk rasanya lebih sedap malah berganda ganda sedapnya dan warna rendang juga akan menjadi warna koko gelap yang cantik dan semakin menyelerakan.

Rendang padang yang dimasak cara ini lebih bagus sebab ia tidak ditumis terlebih dahulu. Iaitu tanpa menggunakan minyak.
Lebih tahan lama.'
Dalam gambar , tidak saya masukkan kuahnya.rendang ini ada kuahnya sama seperti rendang biasa dan rendang yang didalam gamnar ini ianya menggunakan 2 biji santan kelapa. Jika menggunakan 3 biji santan kelapa warnanyaebih menarik dan sedap.

Resepinya:

1 kilo daging batang pinang- dipotong lebar-diketuk ketuk sedikit dengan hulu sambal supaya mudah empuk dan lembut).

Santan dari 3 biji kelapa- pekat( anggaran 1 1/2 botol mineral besar).
( santan banyak baru Betul betul sedap$

Bahan A
Cili kering 15 biji *- dipotong 2 dan rendam air panas sekejap sebelum dikisar
Halia 2 inci*
Bawang merah 15 ulas*
Bawang putih 6 ulas*
Buah keras 3 biji*

Bahan B
Serai 2 batang diketuk
Lengkuas 3 inci - diketuk
Asam gelugur 1 keping
1 helai daun kunyit - dikoyak
5 helai daun purut dikoyak dan buang urat tengahnya
Daun salam 3 helai ( dijual di semua supermarket)
Serbuk lada hitam 1 sudu teh
2 sudu kelapa parut yang digoreng
1 sudu besar Hati lembu dopotong dadu dan direbus
Garam 1 sudu
Gula 2 sudu
( garam gula ikut selera anda)

1. dalam kuali masukkan bahan A dan B. Didihkan dan kacau kacau sampai kuah jadi pekat dan mengeluarkan sedikit minyak- guna api sederhana.
2. Bila dah keluar sedikit minyak masukkan p**a ketulan daging tadi.
3. Terus dikacau dan balik balikkan.masa ni guna api agak perlahan sebab mudah hangus.
4. bila kuah sudah pekat masukkan kelapa parut yang digoreng tadi, sambil terus dikacau dan balik balikkan daging sampai daging empuk dan kuah jadi kering seperti rendang yg anda nampak dikedai kedai.
5. Kalau nak rendang warna koko gelap kena masak lama.

Petua

Supaya serdak/kuahnya banyak, santan kena guna banyak. Memerah santan untuk rendang, sebaiknya jangan ditambahkan air dulu pada parutan kelapa yang hendak diperah pertama kali. Maksudnya perahan pertama kali terusdiperah tanpa menambah air. Perahan le 2 baru tambah air (Perah kelapa dengan menggunakan kain lebih baik).

Sebaiknya guna santan perah yang segar.sedap...... Tapi klu nak guna santan kotak pun boleh Guna 1000ml tapi rendang anda nanti tidaklah sesedap rendang yang guna santan segar , tapi bagi kita yang susah dapat santan segar tetap akan rasa sedaps sebab itu saja yang ada punnn...

Warna rendang anda bila siap akan bergantung pada jumlah cili mesin yang dimasukkan dan juga santan anda berapa banyak diguna pakai.

supaya rendang jadi warna koko gelap, kuncinya " JANGAN GUNA KUNYIT) sebab Kalau guna kunyit rendang akan jadi warna kuning kemerahan.

Kalau nak terasa kuat rempahnya anda boleh lebihkan bawang merah, bawang putih dan cili kering.

Catatan khusus:
Kalau santan segar 750gram bersamaan 3 biji santan.
Kalau santan kotak kena beli lebih iaitu 1000ml.
Satu biji kelapa adalah bersamaan 250ml santan.

Sumber: page

Address

新加望
Muar
84000

Telephone

+60173587823

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Donna's kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category