20/11/2021
Assalamualaikum wbt
Pihak kami ingin memohon maaf kerana tidak dapat beroperasi untuk satu tempoh yang agak lama.
Isteri saya (NORSIAH BINTI IBRAHIM) kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hpsf kerana mengalami masalah kesihatan, mildd stroke. Jadi untuk beberapa tempoh masa ini, saya dan anak2 perlu fokus dengan perkara ini dahulu.
InsyaAllah, kami akan buka semula NORZI IKAN BAKAR STATION MUAR apabila keadaan semua semakin baik.
Mohon doa dari semua pelanggan-pelanggan kedai kami, agar kesihatan isteri saya semakin baik, diberi keafiatan dan kesembuhan oleh Allah.
Saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih.
Hazizi Arshad
(pemilik norzi ikan bakar)