06/11/2024
Assalammualaikum WBT & Selamat Sejahtera πΏ
Untuk pengetahuan semua, terdapat satu "posting" yang telah dimuat naik oleh akaun asal (akaun diselia oleh Teduh sejak tercipta nama Bawah Langit) bersama .teduh. "Posting" tersebut telah ditarik semula oleh akaun setelah 5 minit dimuat naik. Hal ini adalah kerana terdapat maklumat yang tidak tepat telah kami terima. Perkara tersebut juga telah kami bincangkan bersama pihak yang berwajib ke atas tanah tersebut dan tiada lagi isu antara kami (Teduh & Pihak Berwajib). Namun, hari demi hari terlalu banyak provokasi yang telah kami terima melalui beberapa akaun media sosial milik beberapa individu yang sangat tidak bertepatan dengan fakta sebenar. Tindakan undang-undang mungkin akan diambil jika perkara ini berterusan.
Untuk pengetahuan semua, Teduh tidak berpihak kepada mana-mana Syarikat atau Kumpulan/Persatuan Berdaftar mahupun Tidak Berdaftar atau mana-mana individu atas isu "DIHALAU" setelah semua penjelasan diterima. Perkara ini terjadi kerana kekeliruan dan maklumat yang tidak tepat diterima akibat tiada perbincangan dilakukan oleh individu yang sepatutnya. Segala keputusan tidak melalui perbincangan yang baik dan tidak mengambil kira persetujuan yang lain.
Bagi mengelakkan kekeliruan dan setelah ramai bertanya, Teduh On Mobile / On The Wheel (Van Teduh) kini tidak lagi bersama siapa-siapa dan perancangan pada masa hadapan akan diberitahu kelak. InsyaAllah. Buat masa ini, Van Teduh akan bertempat bersebelahan sebuah Kedai Burger. Nantikan "story" terbaru.
Semoga Allah setuju untuk semua yang dihadapan.
Only Him. Who knows the truth.
InsyaAllah π₯°