25/09/2022
Rehan, seorang remaja berusia 15 tahun, memang peminat kepada BTS. Gambar gambar BTS dikumpul, dan ditampal dalam buku skrap . Maklumat ahli kumpulan BTS dikumpul dan lagu lagu BTS sentiasa berkumandang. Begitu syulit untuk Rehan tinggalkan minatnya kepada BTS, Apalagi Rehan baikā¦
Tuan, puan, ini adalah satu tingkahlaku NORMAL untuk remaja seperti Rehan Pada usia ini mereka mula mencari identiti dan mula menunjukkan minat kepada dunia luar.
Malah pada seusia kanak kanak mereka mula mengidolakan watak fantasi seperti Ultraman, Power Rangers & watak superhero Marvel. Itu juga normal.
Semasa fasa ini, walaupun ibu bapa tidak berkenan dengan obsesi anak, ini adalah PELUANG untuk mengenali dan rapat dengan anak
Ambil tahu siapakah idola mereka dan kenali selebriti kegemaran mereka. Contohnya, Jika mereka minat kepada Aaron Aziz atau Caprice, beritahu mereka jangan terpengaruh dengan promosi V**e oleh selebriti ini.
Tanda amaran tingkahlaku remaja yang terlalu obses dengan idola mereka adalah apabila mereka mula berubah sikap, mengabaikan rutin harian seperti pelajaran, solat dan hubungan sosial kerana terlalu obses dengan idola.
Kesimpulannya tingkahlaku remaja seperti Rehan bukanlah membimbangkan. Anda juga pernah melalui fasa seperti Rehan dan mampu tersenyum membayangkan koleksi album backstreet boys, Nsync dan Linkin Park suatu ketika dahulu