06/03/2026
Hari ini aku bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan menyambut usia 42 tahun.
Banyak perkara telah aku lalui — s**a, duka, cabaran dan juga berkat. Namun dalam setiap musim hidupku, Tuhan tidak pernah meninggalkanku.
Terima kasih Tuhan untuk nafas kehidupan, untuk keluarga yang Engkau percayakan kepadaku, dan untuk setiap pengalaman yang membentuk aku menjadi lebih kuat dan lebih percaya kepada-Mu.
Di usia ini aku tidak meminta hidup yang sempurna, tetapi aku berdoa agar Tuhan terus memimpin langkahku, memberi hikmat, kesihatan, damai sejahtera dan hati yang tetap setia kepada-Nya.
Kiranya hidupku terus menjadi berkat kepada keluarga, anak-anak, sahabat dan semua orang di sekelilingku.
Terima kasih Tuhan untuk 42 tahun yang indah.
Aku percaya tahun-tahun yang akan datang berada dalam tangan-Mu yang sempurna.
THANKYOU OLSS FOR THE BIRTHDAY GIFT.godbless
Amin. 🙏✨🎂
Evelyn Bian