17/07/2026
🕌
*INTISARI KHUTBAH JUMAAT*
*JOHOR DARUL TA'ZIM*
📆
Tarikh: *17 Julai 2026*,
*2 Safar 1448*.
📜
Tajuk: *Pemuda Hebat*,
*Nafsu Diikat*.
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا. ٣٦
_Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Israa' Ayat 36 yang bermaksud:_
_"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota2 itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."_
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى الْاَمْرِ مِنْكُمْۚ فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِيْ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى اللّٰهِ وَالرَّسُوْلِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِۗ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَّاَحْسَنُ تَأْوِيْلًا. ࣖ ٥٩
_"Wahai orang2 yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil-Amri' (orang2 yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah2 (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok p**a kesudahannya."_
_Surah An-Nisa Ayat 59._
1️⃣ _Bertaqwa kepada Allah SWT._
2️⃣ _Golongan muda merupakan harapan yang penting kepada agama, bangsa dan negara. Mereka bakal menjadi pemimpin pada masa yang akan datang. Namun, usia yang muda itu seringkali mencabar keinginan mereka. Anak muda sering berhadapan dengan ujian perasaan, cara berfikir dan keinginan hawa nafsu yang mencabar._
3️⃣ _Antara cabaran besar yang dihadapi oleh golongan muda pada hari ini ialah apa yang terpapar pada layar telefon bimbit serta peranti yang mereka miliki. Ia kini menjadi ujian keimanan yang paling besar dalam diri anak muda. Di sana terletaknya sempadan di antara yang hak dan batil. Jihad pada zaman ini bukan lagi sekadar pada mengangkat senjata, akan tetapi pada kejayaan seorang anak muda untuk menundukkan pandangan dan mengawal keinginan nafsu ketika sedang bersendirian._
4️⃣ _Mimbar pada hari ini, ingin menzahirkan beberapa pesanan dan nasihat buat renungan kita bersama khususnya anak2 remaja dan golongan muda._
• _Pertama – Sebagai orang beriman, kita wajib menyakini bahawa setiap gerak-geri yang dilakukan adalah di bawah pengawasan Allah SWT. Jika seseorang merasa gerun untuk melakukan jenayah kerana menyedari kewujudan kamera litar tertutup (CCTV), maka sedarlah bahawa pandangan Allah dan catatan para malaikatnya jauh lebih telitii dan nyata_.
5️⃣ _Inilah kunci utama yang harus ada dalam jiwa setiap mukmin. Peperangan menentang hawa nafsu pada zaman ini, menuntut sebuah jihad yang amat besar daripada jiwa2 muda. Setiap pemuda harus menyedari bahawa hakikat ketakwaan yang besar adalah ketika mereka sedang bersendirian dengan peranti di tangan, ketika tiada lagi mata manusia yang memerhati, melainkan hanya pandangan Allah SWT Yang Maha Melihat_.
6️⃣ • _Ke-dua – Pada zaman yang penuh dengan ujian dan fitnah ini, memilih sahabat yang baik merupakan satu kewajipan. Ia akan menentukan hala tuju hidup seorang pemuda. Apabila kita dikelilingi oleh orang yang mempunyai ilmu yang jelas tentang akhirat, maka kebaikan tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi corak kehidupan dan tindakan kita._
7️⃣ _Rasullullah SAW telah memberikan satu perumpamaan yang cukup indah dan mendalam tentang perangaruh rakan dalam kehidupan. Baginda menyamakan rakan yang baik seperti berkawan dengan penjual minyak wangi, meskipun kita tidak membeli daripadanya, akan tetapi harumannya tetap akan melekat pada tubuh kita._
8️⃣ _Ke-tiga – Golongan muda seharusnya mengisi masa mereka secara bijak dan sentiasa memenuhi jadual hidupnya dengan perkara yang bermanfaat seperti menuntut ilmu, beriadah, serta menyertai acara kemasyarakatan. Hal ini secara tidak langsung menutup ruang kosong yang sering menjadi pintu masuk kepada godaan hawa nafsu._
9️⃣ _Hal ini selari dengan wasiat daripada Rasullulah SAW melalui hadis yang di riwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:_
_“Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:_
• _Masa muda sebelum datang_
_masa tua,_
• _Masa sihat sebelum datang_
_waktu sakit,_
• _Masa kaya sebelum datang_
_masa miskin,_
• _Masa lapang sebelum ia_
_menjadi sempit, dan_
• _Masa hidupmu sebelum_
_datang kematian”._
_(Hadis riwayat Imam Al-Baihaqi)._
🔟 _Kesimp**an: Marilah kita menyedari bahawa dunia serba maju pada hari ini adalah medan jihad yang menuntut kepaa ketakwaan iman dan kebijaksanaan akal dalam membuat keputusan. Ingatlah, setiap paparan yang dilihat bukan sahaja membentuk syahsiah kita di dunia, malah ia bakal menjadi saksi yang berbicara dihadapan Allah SWT di akhirat kelak._
_Wallahua’lam bissawab._
أَقِيمُوا الصَّلَاةَ.