30/07/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pengiktarafan BeSS (Bersih dan Selamat) yang telah dianugerahkan kepada Madu Kitchen.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas bimbingan, pemantauan dan pengiktirafan yang diberikan dalam memastikan premis kami sentiasa mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan.
Penghargaan istimewa juga buat seluruh MK Crews yang telah bertungkus-lumus, bekerja keras serta sentiasa komited dalam menjaga kebersihan premis, kualiti makanan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Kejayaan ini adalah hasil usaha, kerjasama dan dedikasi setiap ahli pasukan.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan pelanggan sentiasa menikmati makanan yang bersih, selamat dan berkualiti.
Terima kasih atas sokongan semua pelanggan yang sentiasa mempercayai Madu Kitchen.
"Bersih dan Selamat, Keutamaan Kami Untuk Anda."
MADU KITCHEN
Lot 984, Ground Floor No.73, Jalan Sungai Marudi, 98050 Marudi, Sarawak. 🍯🍽️🏆